Salam Readership. Pokemon Go sekarang sudah popular di kalangan Malaysia. Menariknya Pokemon Go memerlukan pemain untuk berjalan untuk naikan level. Lagi banyak pokemon korang dapat lagi tinggi peluang nak naikan level. Salah satu quest pemain jugak perlu berjalan beberapa km untuk tetaskan telur pokemon. Boleh exerciselah kalau macam ni

Soalnya korang rajin ke nak berjalan kalau sampai 10 km semata-mata nak tetaskan telur?. Haaa kalau yang malas tu, wajiblah baca entri ini sampai habis yer. Mana tahu boleh follow step dibawah ni.


1. Naik kereta


Adalah lebih selamat kalau main Pokemon Go sebagai penumpang bukan bukan sebagai pemandu. Sebagai penumpang korang boleh tetaskan telur dengan speed tertentu iaitu dalam speed limit 10-20 km sejam je. Selalunya benda ni work kalau kereta tu tengah cari parking ataupun tengah jem teruk, sebab kalau cari parking mestilah kereta bawak slow kan.


2. Kipas Siling


Cara ni agak berani mati dan merisikokan handphone korang tetapi work untuk tetaskan telur dengan mudah hahaha. Tapi kipas siling perlu kelajuan satu supaya tak detect melebihi had laju berjalan dan pasti mengurangkan sedikit risiko handphone korang. Dan paling penting ikat hanphone korang tu elok-elok supaya tak terjatuh nanti.


3. Kereta kawalan jauh


Korang jugak boleh mengunakan kereta kawalan jauh untuk menaikan jarak berjalan untuk tetaskan telur pokemon. Caranya dengan melekatkan handphone diatas kereta kawalan jauh. Kemudian gerakan kereta kawalan jauh tetapi dengan kelajuan minimun. Sebab kalau laju sangat memang tak dikira berjalan, huhuhu.


4. Roda Basikal


Ada basikal kat rumah?. Boleh gunakan untuk mudahkan tetaskan telur pokemon. Senang sahaja, attach sahaja handphone dekat jejari roda basikal kemudian gerakan pengayuh dengan kelajuan sederhana.


5. Naik Basikal


Dah bosan pusingkan roda basikal untuk naikan jarak berjalan demi misi tetaskan telur pokemon?. Apakata korang naik basikal je kan senang sambil menikmati keindahan alam, gituuu. Cara ni paling mudah dan paling selamat. Paling penting sesuai untuk orang yang malas berjalan hahahaha.


Itu sahaja perkongsian tentang tips untuk trainer yang malas berjalan jauh. Tips ni takdalah berkesan sangat tetapi boleh naikan km berjalan jugak. Actually tips ni diambil daripada video dibawah ni. Kalau tak masih blur lagi boleh tonton video untuk fahami 5 tips ini lebih jelas.



p/s: Kalau apa-apa jadi kat handphone korang, Cik Miela tak bertanggujawab yer. Huhu.

2 Comments

  1. Reen main sekejap je.. Hihihi kurang minat.

    ReplyDelete
  2. Kreatif betul semua tips-tipsnya. Nasib baiklah tak terjebak dgn pokemon lgi..😅

    ReplyDelete