Friday, September 09, 2016

Minggu pertama sebagai final year student.


Salam Readership. Tetiba rasa nak update pulak perasaan macam mana jadi budak final year. Walaupun batch I kebanyakan dah habis student tinggal Miela nak habiskan sisa satu tahun lagi. Sebab kawan sebatch kebanyakan program study 3 tahun, unlike me study for 4 years.

Bila jadi final year tentulah excited hahaha. Plus course kitaorang takde fyp okay. So tak serabut pasal jurnal, research sume tu. Cumanya last sem ni subjek ada agak berat dan tiap-tiap minggu ada assignment.

Semester 7 merupakan semester terakhir untuk menghadap kuliah, assignment dan exam bagai. Next sem tinggal pratikal je. Tempat pratikal pun tak cari lagi. Ok relaks dulu 2 3 minggu ni. Nanti barulah serabut cari tempat pratikal.

Jadual semeester 7

Untuk jadual sem ni sangatlah lapang. Tidur memang terlebih cukup kot. Kelas sumanya start lambat, sebab kelas start kol 11 kebanyakkanya. Cuma ada satu kelas malam. Petang pulak takda kelas. 

Masa second year and third year pulun ambik subject banyak sebab nak target final year nak relaks banyak. Jadi contohilah Miela ya, muhahahaha. Ingatkan final year nak kerja partime tapi masih tak jumpa lagi. So sementara mencari nak focus business Ladya Shops. Jangan lupa like tau!.

Ok itu sebenarnya nak cerita pasal keeksitednya jadi final year. Tahun terakhir nilah nak nikmati zaman student puas-puas. Lepas ni kalau kerja tak rasa zaman belajar.  Haha over gituu. Actually bila banyak masa free, bolehlah nak update blog selalu. Cuma masih mencari modal cerita untuk blog ni.

2 comments: