Salam Readership. Bagi budak degree final year, sedang menghitung hari ke nak habis degree tu??. Habis degree bermula fasa hidup alam perkerjaan *bagi tak sambung master la. Ada yang final year student berintern, lepas habis intern terus serap. Jadi kira beruntunglah tak perlu cari kerja. Tapi tak semua yang intern akan terus diserapkan disebabkan beberapa kekangan seperti jawatan kat syarikat penuh huhu. Macam Miela juga, nak harap syarikat tu serap kita tapi nampak cukup dah pekerjanya.

Tinggal 2 minggu nak habis intern, tanpa buang masa Miela terus mencari kerja. Kalau boleh memang tak nak menganggur lelama. Habis degree banyak komitment, bayar ptptn, nak simpan asb, dan juga simpan duit kahwin jugak *haha entahlaaa*. 

Alamak banyak pulak membebel. Sambil cari kerja tu, Miela nak kongsikan tips kat korang nak cari kerja walaupun belum dapat lagi kerja just baru dapat interview huhu. Masalah fresh graduate sekarang takda pengalaman kerja sebab syarikat lebih gemar mencari pekerja berpengalaman. Jadi mana nak cari pengalaman kerja, namanya fresh graduate?. 

1. Edit resume lebih informatif
Biasanya resume fresh graduate nampak kosong sebab takda pengalaman kerja boleh listkan dalam resume. Andai korang pengalaman intern 3 bulan, letak je dalam resume. Letakkan detail apa korang buat masa intern tu supaya nampaklah pengalaman intern walaupun 3-4 bulan tapi agak berguna. Selain itu boleh jugak huraikan aktiviti korang join masa univerisiti. Tulis juga apa korang buat dalam aktiviti lebih terperinci. Mana tahu pengalaman join aktiviti universiti berguna dalam kerja?.

2. Cari kerja yang khas untuk fresh graduate/trainee
Misalnya di Job Street, di ruangan search sila cari jawatan untuk fresh graduate/trainee. Jadi company akan expect yang fresh graduate betul-betul fresh dari univerisiti tanpa pengalaman kerja.

contoh keyword Fresh Graduate


contoh keyword Trainee

Jadi seperti di atas memang sesuailah untuk graduan baru nak start berkerja. Tambah-tambah lagi description depa letak "fresh graduate welcome to apply", memang khas untuk fresh graduate macam kita walaupun tiada pengalaman kerja. 

Selain itu boleh cuba memohon di laman web syarikat besar seperti Celcom, Shell,Sime Darby dan lain-lain dibahagian career dimana ada iklan training untuk fresh graduate.

Shell Graduate Programme

Senarai syarikat menyediakan program khas untuk fresh graduate :


Jadi harap apa yang Miela share dapat membantu fresh graduate dalam usaha kerja. Bukan sahaja untuk korang, untuk Miela juga supaya tak perlu banyak-banyak nak bookmark senarai graduate program ni hiks. 

3 Comments

  1. salam, nak tanya. selalu kalau nk join training program, boleh ke kita minta bantuan dari mana2 pihak untuk tanggung kos program. Sebab mostly harga tinggi dan not affordable. boleh minta pandangan?

    ReplyDelete