Salam Readership. Rasanya kali pertama tetiba sesat buat entri tentang tips kecantikan. Okay takpelah, sebab Miela pun berazam nak pelbagaikan skop entri di blog ni hehe. Honestly Miela suka dapatkan tips kecantikan dari korea selatan. Kenapa ya? sebab kebanyakan tips kecantikan mereka lebih mementingkan kecantikan natural gitu. Salah situ info salu daptkan daripada Beauty Bible.
Antara tips Miela suka daripada Beauty Bible yang diatas ni hehe. Lagipun Miela memang tak reti pakai bulu mata palsu, memang mencabar daripada lukis kening haha. Lagipun hukum memakai bulu mata palsu seseolah haram sebab dia seakan-akan menyambung rambut. So elak pekara sebegitu mungkin try tips tanpa perlu memakai belum mata palsu.
1. Kedudukan cermin
Pekara asas nak memakai mascara ialah kendudukan cermin. Cermin mestilah kebawah dari muka. Dengan kedudukan cermin macam ni lagi senang nak apply mascara.
2. Gulung bulu mata dalam bentuk J
Kebanyakan orang kalau nak gulung bulu mata bentuk C sebab nak nampak bulu mata naik ke atas. Tetapi kalau gulung bulu mata dalam bentuk J akan menampakan bulu mata lagi panjang. Cara nak gulung bulu mata ialah gulung bulu di hujung sahaja bukan di kesuluruhan bulu mata ya.
3.Guna Dr.Mascara Fixer For Super Long Lash
Memang tak dinafikan banyak review yang best tentang Dr.Mascara Fixer For Super Long Lash dari Etude House. Cari sahaja review di google atau youtube, ramai yang mengatakan produk Dr.Mascara Fixed sangat bagus. Fungsi benda ni adalah untuk panjangkan bulu mata dan menjadikan curl bulu mata tahan lama. Harga di website Althea ialah RM20, tak la mahal sangat kan?.
4. Apply mascara dihujung bulu mata
The last tips, ni paling best. Tak kisah korang pakai mascara murah atau mahal, kalau apply tak kena cara memang tak beri kesan sangat. Tipsnya lepas apply mascara ke seluruh bulu mata, untuk panjangkan bulu mata cuba sapukan dihujung bulu mata sampai nampak hasilnya. Kalau boleh sisa baki ink mascara sapu sikit hujung-hujung bulu bagi melekat.
Untuk first try berdasarkan tips daripada Beauty Bible, nampak tak sebelah bulu mata nampak sikit menonjol? hehe. Sebenarnya Miela tak guna pun Dr.Mascara Fixer sebab tak beli lagi. Kalau pakai Dr Mascara fixed mesti nampak lagi cantik bulu mata. Tapi bolehlah kan, Miela pun pakai mascara murah-murah je tapi ikut tips di atas agak menjadi. Kalau nak faham lagi tips panjangkan bulu mata boleh tengok video dibawah.