Untuk entri kali ni Miela nak terangkan lagi detail tentang persiapan sebelum ke Seoul especially kepada yang nak pergi Korea tanpa tour guide. Syarat penting pergi tanpa tour guide ni, mesti kena rajin buat research. Kalau tersesat biasalah tu haha. Masa Miela pergi korea memang tak ambil tour guide, sebab ada adik sendiri yang tinggal di Korea 5 tahun. Cuma ada beberapa hari tu kitaorang  jalan tanpa adik sebab dia ada hal.

Basicly, Miela suggest korang cari group Road to Korea dekat facebook dalam group tu ramai orang Malaysia, so dorang akan bagi tips tempat-tempat makan, guesthouse, naik train dan lain-lain. Korang nak tanya apa-apa pun boleh, nanti ramai yang tolong.

Group Road To Korea di Facebook


Selain korang nak dapat info berguna tentang melacong ke korea bole dapatkan info di website KTO (Korea Torism Organization) . Sambil dapat info korang berpeluang dapatkan t money secara percuma. T money ibarat touch n go di Malaysia. Cara dapatkan tu boleh baca di entri  Dapatkan kupon dan T-money percuma dari KTO (Korea Tourism Organization)

Kemudian hampa juga kena mahir tentang selok belok naik train di Seoul. Mula-mula tengok mesti pening. Hampa kena faham peta dorang, setiap line ada kaler masing-masing. Contoh korang dari Anguk (Line oren) nak ke Myeongdong (line biru). Korang kena tukar line dekat station kat Chongmuru sebelum berhenti kat Myeongdong.

Klik link ini untuk lihat map lagi jelas

Ada apps yang berguna semasa di Seoul, so boleh downlod siap-siap di Malaysia. Macam Kakao Metro, Subway Korea, Naver (apps untuk jalan kaki), Klook (apps untuk dapatkan diskaun) dan google map. Kalau nak cari mood nak pergi Seoul boleh guna Google Street View pakai laptop dulu tengok jalan Seoul jalan macam mana, ibarat hampa tengok jalan-jalan Seoul depan mata walupun takde lagi kat sana.

Untuk pergi waktu musim winter, kalau nak jimat beli baju sejuk boleh beli di kedai bundle tak pun di Carousell. Yang extra accessories winter juga boleh beli di Daiso. Masa Miela pergi Seoul suhu dalam -0 sampai 3. Seriuse sejuk, 3-5 lapis pakai. It's depands orang, sesetangah boleh survive 3 lapis sebab baju sejuk dia tebal. Cuma accessories musim sejuk warm hand, mufler atau facemask penting juga sebab bahagian tu muka dengan tapak tangan tak dapat nak cover dengan  banyak lapisan dengan angin sejuk huhu. Untuk hotpack suggest beli di Seoul sebab murah 1000 won je. Paling best pakai hat gambar askar, tahan lama dan panas.

Best hotpack masa dekat Seoul


Lagi satu Miela lupa perkara paling penting, of course tiket flight. Kalau takda tiket flight macam mana nak fly ke Korea kan??. Nak murah sentiasa alert dengan harga tiket.   follow talegram Pemburu Tiket Murah. Baru-baru ada offer harga pergi Jeju cuma RM400++ pergi balik je.

Akhir sekali untuk pergi tanpa pakej mana-mana perlulah buat itinerary sendiri. Bersepah itinerary di social media, pendek kata kalau tak sure boleh tanya group Road To Korea. Selain itinerary jangan lupa list barang perlu dibawa dan budget. Bajet lah siap berapa seperti bajet makan, shopping, tiket masuk dan transportation, supaya bila pergi Korea korang tak payah nak convert duit Malaysia dalam otak masa shooping sebab boleh hilang mood fikir convert duit Malaysia haha. Bila dah list bajet, contoh bajet makan sehari 30,000 won korang tak payah fikir duit Malaysia berapa sebab sat lagi convert duit Malaysia akan rasa mahal.

Okay itu je tips yang mampu Miela share. Untuk jenis suka mengembara, cabaran dan tak kisah kalau tersesat boleh travel tanpa tour guide. Jalan dekat Seoul rasa macam selamat sikit, sebab dorang banyak buat hal masing-masing, mostly banyak penjalan kaki kat sana.


Entri berkaitan:
- Persiapan sebelum ke Seoul, Korea PART 1 : Daiso Shopping Haul
- Dapatkan kupon dan T-money percuma dari KTO (Korea Tourism Organization)
- Cara memohon pasport Malaysia

0 Comments