Saturday, August 17, 2019

DIY Sticker Barang Dapur MUDAH

Salam Readership. Nampak tak trend ibu-bu sekarang label barang sticker cantik ni. Nampak makin sistematik dan kemas. Tak perlu susah cari barang dapur sebab semua ada label, jadi proses nak memasak lagi cepat.  Tahu tak korang sebenarnya kita boleh buat sendiri dengan sangat-sangat low cost. Yang belum tahu jom ikut tutorial ni!


Untuk buat sticker cantik seperti ni, Miela gunakan Microsoft Words buat label. Kalau nak buat sebijik macam gambar diatas itu mula guna tulisan font stay wildy dan gunakan shape warna macam bentuk dibawah


Nak masukan tulisan dalam kotak sama ada boleh taip terus dekat kotak atau create text box sendiri tapi kena kosongkan outline dan fill supaya tulisan nampak transparents. Kemudian buat lagi sampai korang rasa cukup label tu dan print.


Lepas print dia akan jadi lebih kurang macam ni. Macam biasa korang potong elok-elok ikut line kotak cermat-cermat okay?. Then korang letakkan dengan sellotape yang besar dari size sticker korang baru nampak kemas. Kalau kecik kena buat dua kali tapi tak cantik nampak line, so better pakai selloptape size besar naa. Lepas tu lekat bekas kosong yang korang nak guna.


Dah siap!!. Mudah kan??. Sekarang korang boleh isi barang dapur korang dengan bekas yang comel ni. Makin kemas susun atur barang dapur lepas ni. 

2 comments:

  1. Kita punya sticker buat guna tangan hahaha.. Malas nak edit.. Tq gak.kongsi cara tu

    ReplyDelete
  2. Comelnya sticker tu. Tak sabar rasanya nak ada rumah sendiri hehe 🤭

    ReplyDelete