Sunday, October 20, 2019

3 Pekara WAJIB perlu anda tahu jika SAKIT ketika travel


Mimpi indah kan kalau dapat peluang travel ke luar negara terutama bila kita boleh spend masa travel bersama orang tersayang. Sapa je tak suka travel ni, Miela pernah sekali travel ke luar negara serius rasa nak repeat lagi. Waktu travel ni lah kita boleh spend masa yang sepenuhnya untuk mereka. Sekarang ni banyak pilihan airline yang boleh kita guna untuk travel ke luar negara bergantung pada bajet yang kita ada. Kalau nak airline yang low cost boleh lah beli dekat Scoot Airline dan Airasia. Kalau kita ada bajet lebih sikit dan nak travel jauh dalam keadaan yang selesa boleh cuba terbang dengan Qatar Airways Airline atau Emirates. Semestinya lah harga tiketnya lebih mahal tetapi  memang berbaloi dengan servisnya sentiasa tiptop. Semua tiket dan hotel untuk trip kita ni sebenarnya kita  boleh tempah melalui Traveloka sebab ia menyediakan servis yang berbaloi untuk kita berbanding kita beli tiket flight dan hotel secara berasingan. Dan semestinya ia bergantung kepada individu itu sendiri, mengikut bajet yang dah kita buat di awal peracangan.

Macam yang kita semua tahu, travel ni merupakan 1 benda yang fun. Kalau boleh kita minta sangat dijauhkan daripada segala jenis penyakit bila travel. Tapi korang kena ingat tak ada siapa pun yang boleh jamin kita tak akan sakit langsung. Orang kata tu biarlah kita sediakan payung sebelum hujan. Selain perancangan bajet travel, perancangan mengenai kesihatan ketika travel juga korang kena prepare tau sebab kita tak akan pernah tahu apa yang akan berlaku nanti. Manalah tau waktu pergi kita sihat je, masuk hari kedua tetiba demam ke accident ke kan. Kalau boleh minta jauh sangat lah benda ni jadi. So, Miela nak share sikit apa yang boleh kita buat untuk rancang perjalanan kita dari aspek kesihatan.


Travelling takaful/insurans



Jujurlah I kata, sebenarnya tak pernah ambil berat tentang insuran travel ni sebelum ni. Tetapi bila dah baca pengalaman orang lain rasa risau kalau tak ambil. Sebab kita semua tahu, yang kos perubatan untuk mana-mana negara pun akan mahal lagi-lagi kita bukanya wargangara mereka jadi langkah selamat baik ambil pelindungan takaful bila pergi travel. Takaful atau insurans ni pun ada 2 jenis, 1 yang kita bayar dulu pastu baru claim dan yang lagi 1 kita boleh terus guna Guarantee Letter (GL) tanpa keluarkan duit kita. Semestinya Miela prefer pilihan kedua sebab kita tak perlu risau untuk keluarkan duit kita dulu. Yelah bukannya sikit kalau nak guna duit kita dulu malah boleh mencecah ratusan ribu. Jadi sebelum beli takaful tu pastikan kita dah betul-betul clear dan faham ia sediakan plan yang mana. Setakat yang Miela tahu Etiqa Tripcare 360 je yang ada sediakan GL takaful lain tu kurang pasti. Dan untuk pengetahuan korang, kos untuk takaful ni pun tak adalah sampai mencecah ratus, dalam range puluh-puluh je dan benefit yang kita dapat pun banyak.  So, jangan berkira untuk beli travelling takaful atau insurans ni ya.


Basic ubat


Selain takaful, bekalan ubat-ubat yang basic juga perlu untuk kita sediakan prepare sebelum travel. Lebih baik kalau kita memang dah ada travelling kit untuk ubat. Ubat yang wajib ada:

Panadol
Ubat Selsema
Minyak Angin
Gaviscon
Plaster

Ni yang paling asas lah, kalau ada lagi ubat yang kita rasa penting bergandung pada aktiviti kita nanti bawa lah siap-siap. Contoh macam kita pergi island hopping ada yang mabuk laut, prepare awal-awal. Kalau ada aktiviti yang banyak jalan atau hiking, boleh sediakan salonpas dan seangkatan dengannya lah. Kalau kita memang ada penyakit yang memang memerlukan ubat, jangan lupa untuk bawa juga seperti inhaler dan sebagainya.


Klinik dan Hospital Terhampir


Kita dah prepare dengan takaful dan ubat-ubatan, jadi benda yang lain kita kena sediakan adalah list klinik atau hospital yang terhampir dengan tempat penginapan kita duduk ketika travel.  Jadi senanglah kita tahu kemana tempat patut kita pergi jika sakit. Sebab tu takaful adalah benda utama yang perlu kita buat dari aspek kesihatan bila travel. Apabila sakit, kita boleh terus ke klinik atau hospital tanpa perlu risau mengenai bayaran kalau kita ambil yang gunakan GL.

Jadi inilah 3 benda asas yang perlu kita tahu kalau kita sakit ketika travel. Harap-harap tips yang Miela kongsikan dapat bantu korang untuk. Sekurang-kurangnya bila kita settle 3 benda ni, boleh travel dengan tenang. Jadi, Selamat Bercuti!!

1 comment:

  1. Great tips! Kadang tu bab medical kit ni ramai yang terlupa untuk masuk dalam travel checklist. Travel insurance tu sangatlah penting dan boleh dapat serendah RM20 je

    ReplyDelete