Sejak beberapa hari ni timeline twitter penuh tweet tentang tampon. So Miela lihat macam-macam reaksi dari netizen. Ada yang seriau, ada yang kata bagus pakai tampon dari pad. Bagus juga sebenarnya kira ilmu baru untuk wanita tentang menstruation. Untuk kali ni Miela try google dan kumpul maklumat dalam satu entri khas untuk korang nak tahu tentang tampon. Jangan kita ikut trend tapi tak tahu pro and kontra ye.


Apa itu tampon?


Tampon adalah alternatif kepada pad dimana dia berbentuk selinder kapas yang sangat kecil dan hujungnya benang untuk digunakan menarik keluar dari vagina. Di luar negara banyak  guna kaedah ni cuma di Malaysia kurang pendedahan tentang tampon sebab ada mitos mengatakan tampon ni boleh merosak selaput dara sedangkan size tampon adalah kecil. Kalau ikut logik macam mana nak keluar darah haid kalau fully selaput dara tutup vagina?


Cara mengunakan tampon
1. Pastikan tangan anda bersih dan cuci tangan sebelum guna
2. Buka bungkusannya, tarik benang tampon. Pastikan benang kuat dan tak mudah putus.
3. Pastikan anda dalam keadaan rileks dan duduk mencangkung dan masukan bahagian bulat (bukan bagian benang) ke dalam vagina sehingga tiada rasa apa-apa.  Biarkan benang tergantung di luar vagina
4. Pegunaan tampon di guna 3 hingga 6 jam. Kalau boleh jangan lebih 6 jam
5. Untuk mengeluarkannya cuci tangan dahulu, kemudian keluarkan dengan menarik benang tampon tersebut.



Kebaikan Tampon
Pengunaan tampon lebih praktikal dan selesa dan mengurangkan risiko untuk bocor bila heavy flow. Selalu orang guna untuk aktiviti bersukan seperti berenang. Malah akan mengurangkan risiko iritasi di luar vagina berbanding pad. 


Risiko TTS
TTS atau nama panjangnya Toxic Shock Sydrome disebabkan pengunaan jenis  super absorbent. Ia juga disebabkan pengunaan dalam tempoh yang lama. Sebab benda tu menyerap darah menyebakan diding vagina menjadi kering menyebabkna bakteria dan risiko tekoyak diding vagina. Jadi tampon sebenarnya lebih sesuai untuk heavy flow.



Jadi tak salah kalau rasa begitu yakin nak gunakan tampon sebab lebih selesa dan yakin. Tapi sebelum mengunakannya kenalah ambil tahu cara pengunanan, keselamatan dan kebersihan. Jangan semata-mata ikut trend bila orang nak kita pun nak pakai.

2 Comments

  1. mat salleh suka pakai tampon. kita tengok pun takut dah .. aduhai

    ReplyDelete
  2. pernah cuba gak dulu tp sekali je itupun sebab pakai kawan punya. tp walaupun dah pakai tampon tu ammi tetap lapikkan dengan pantyliner sbb perasaan "seriau" tu tetap ada

    ReplyDelete