Tuesday, December 31, 2019

Cik Miela #BestNine 2019 : Road to 10 Years of blogging



Hari ni mesti ramai yang post gambar #bestnine 2019. Miela tak terkecuali nak share gambar jugak dengan korang hihi. Alhamdulilah dah lalu 2019 dengan jayanya tak kira manis atau pahit. Apa yang berlaku membuat Miela makin lagi kuat dan matang. Hehe actually 2019 is one my best year lah.

Tahun 2019 di mana tahun berjaya merealisasikan impian Miela ke Korea Selatan. I was dreaming travel to Korea since 2011 tau, masa tu start follow running man dan drama korea. Ambil masa 8 tahun nak jayakan impian ni. Maybe kebetulan adik pun study Korea, so secara tak langsung peluang terbuka luas. I hope that one day dapat repeat balik ke Seoul, mana tahu pergi Seoul next time pergi dengan *Seoul*mate ke 😆? hehe. Haha berangan tak salah kan.

Then another unpredictable best memories when fly to Sabah meet my USM best friend after graduate. Dua tahun tak jumpa, memang tak plan tapi masa tu ada rezeki lebih kebetulan tiket flight tengah sale masa tu. Best juga dapat pergi ke Sabah. Kiranya tahun ni banyak travel juga dalam duit paras-paras hidung hahaha.

Apa yang diharapkan untuk 2020 semoga rezeki makin murah and I'm be more strong if ada challenge yang datang. Semoga tahun depan, menjadi tahun yang lebih baik dari sebelum nya. And for those yang tak tahu, tahun depan genaplah 10 TAHUN usia blog Miela. Tak sangka esok dah 10 tahun berblogging. Rendah hatinya nak cakap takdelah percapaian besar macam blogger lain capai tapi I puas hati masa I dapat dari blog seperti hadiah, sponsor and dan cashout duit dari hasil berblogging. Dan paling penting I masih lagi berblog sampai hari ni. Doakan kan rezeki Miela murah dekat blog ni untuk 2020 yer. 



No comments:

Post a Comment