Thursday, January 02, 2020

Zombie Cookies Red Velvet: Sedap Ke?

Hai uolss. Selamat tahun baru. Bila gaji dah start masuk, inilah masanya nak laksanakan wishlist tak tertunai. Before this teringin nak rasa Zombie Cookies since nampak viral dekat Twitter. Nampak macam sedap, and rare sikit Zombie Cookies ada jual kat Watsons.


Yang Miela cuba Zombie Cookies Red Velvet. Masa beli kat Watson tengok macam tak banyak dah. First impression rasa macam mahal RM14.90, tapi sebab nak cuba pejam mata jelah haha. But surely after uollss rasa hampa akan buang impression yang mahal kepada berbaloi



Produk Zombie Cookies buatan tempatan. Bangga wei produk tempatan masuk Watsons. Zombie Cookies juga boleh didapati agent-agent berdekatan kawasan rumah korang.


Bila buka ja packaging, rupanya banyak juga cookies bukan banyak angin yer. Paling best packaging ada ziplock, senang nak bukak tutup tak payah ikat pakai getah. Dah nama red velvet cookies, mestilah warna merah yer. Dari segi tekstur memang tak keras dan tak lembut. Rasa memang sedap, dia tak manis tapi memang cukup rasa. Sebab sedap sangat nak makan pun sayang haha takut habis cepat. I ambil masa 1 hari setengah nak habis cookies ni. Definitely akan repeat lagi!


Zombie Cookies
Facebook : Zombie Cookies
Instagram: @zombiecookies

2 comments:

  1. uwuuuu menarik tapi tak minat red velvet hahaha chocolate takda ke

    https://www.shfyqhazhr.com/

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah tahu pun kewujudan cookies ni.

    ReplyDelete