Sunday, November 29, 2020

Tempat Instagramable di Penang : BookXcess Gurney Paragon

Hai guys, masa sebelum pkpb Miela sempat berjalan-jalan di Gurney Paragon di Penang. Gurney Paragon memang femes tempat membeli belah barang mewah . Antara port lepak masa study USM dulu hehe. Miela sempat jalan-jalan level 7 &8 Gurney Parangon dekat atas sekali. Rupa-rupanya ada tempat port bergambar baru iaitu BookXcess Paragon.

Actually nak masuk percuma ja, dan buku-buku kat BookXcess memang menarik dijual harga berpatutan. Dekorasi dekat sini memang unik, ala-ala Starfield Library dekat Korea tu. Rupanya dekat Penang pun ada okay. Jom kita tengok gambar yang Miela share di bawah


BookXcess di Gurney ada dua tingkat, so memang besar tempat dia



Di samping bermacam-macam buku english menarik, jugak dijadikan spot bergambar 
untuk content Instagram. Miela buat gambar ni siap sebagai lockscreen lagi tau.



Alang-alang datang mestilah kena bergambar, ye tak? 😝


Sini pun favourite place orang ramai untuk bergambar. Nampak besarnya  kedai buku bersaiz dua tingkat



Lastly after 1 hour bergambar, I beli jugak buku dekat sini dah alang-alang. Actually macam nak repeat lagi datang sini sebab banyak jugak buku menarik. Macam buku I beli untuk rujukan untuk work dan business. Banyak tau Penang tempat cantik bergambar, kalau nak tahu tempat lain boleh bergambar korang juga boleh baca entri lain dibawah :