Wednesday, April 21, 2021

Pengalaman Beli Susu Pisang Dutch Lady secara online

Salam readership uolss. I excited nak story dekat uolss tentang barang dah sampai ni. Sebelum ni pernah cuba susu pisang hat kecik comel yang kat kedai tu, serious memang sedap gila harga berbaloi RM1.50 jer. Pastu mai bulan posa, tetiba teringin balik susu pisang tu. Maka Miela carilah kat kedai. Merata-rata cari, habis terus susu pisang dutch lady. Maklumlah barang viral, cepat ja habis.

Jadi Miela pun ambil keputusan beli kat Shopee ja, alhamdulilah jumpa kedai Shopee Mall under Mydin jual susu tu. Mula-mula just letak add to cart. Tetiba malam tu beli habis pulak. Adehh dahlah frust mencari, kat shopee pun sold out lagi!

Pastu beberapa hari kemudian, tetiba rajin nak tengok cart, wah dah restock. Apa lagi pakat dok beli, terus beli 3 kotak tak pikiaq lama dah. Maklumlah beli RM15 ke atas dapat free shipping. Satu kotak just RM5.39, bila beli 3 tolak coin shopee dapat 3 kotak jadi RM13.50 ja. Untuk delivery Miela pilih dhl, sebab I tau dhl kalau hantaq barang memang cermat sikit.




Kotak yang sampai


Dalam dia




Alhamdulilah susu sampai dalam keadaan selamat. Ternyata barang sampai berada dalam keadaan sangat baik. Sesuai untuk uolss yang tak da masak nak shopping boleh cuba beli barang product dari Shopee Mall.


2 comments: