Monday, May 24, 2021

Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik


Kuala Lumpur, 11 Mei 2021– Wabak COVID-19 masih berada dalam kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini.


Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, Malaysia yang bersemangat #kitajagakita menyukai inovasi teknologi pencuci pakaian terbaru TOP yang terbukti menyingkirkan 99.9% virus termasuk virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID-19, dan Influenza A2.


Pautan di media sosial dengan hashtag (#TOPcaresforYOU #TOPsayangisemua #TOPneversettles) telah membanjiri laman media sosial setelah orang ramai kembali ke tempat kerja, sekolah dan berada di luar rumah berkongsi cara menangani norma baharu iaitu membersihkan baju dengan pencuci pakaian anti-virus TOP untuk melindungi mereka yang berada di rumah.



TOP, jenama pencuci pakaian No 13 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced Micro-Clean TechTM” sebagai respon secara langsung kepada kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.


“Advanced Micro-Clean TechTM” TOP menerusi revolusi “Anti-Microbial Tech” daripada Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.


“Advanced Micro-Clean Tech” TOP mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.




“Advanced Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada masa kepada mereka yang inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan masyarakat secara tidak sengaja.


Menurut Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Besar Kanan, Cik Carmen Foo, pelanggan Malaysia telah membuat pilihan bijak dengan memilih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP untuk fungsi penyingkiran 99.9% anti-virus, yang dapat menanggalkan virus COVID-19 dari fabrik, di mana ia pilihan yang penuh tanggungjawab untuk mereka sendiri, ahli keluarga dan masyarakat. Rumusan ini telah diuji oleh makmal bebas di Jepun dan terbukti berkesan menanggalkan virus sehingga 99.9% terutamanya COVID-19 & Influenza A.


“Bahkan sebelum wabak ini, Lion Corporation di Jepun telah mengkaji teknologi pencuci pakaian anti-virus untuk memberi gaya hidup yang lebih bersih menyeluruh kepada pengguna kami. Kami memperkenalkan teknologi pencuci pakaian yang inovatif dan penting ini kepada Malaysia hanya selepas memastikan rumusan yang lengkap supaya ia berkesan melawan virus, terutamanya SARS-CoV-2. Rakyat Malaysia menghargai tawaran produk inovatif kami kerana ia sesuai dengan norma baharu kita, dan memberi ketenangan minda kepada mereka. Untuk TOP, kami berasa bangga kerana menyumbang kepada #kitajagakita dengan menawarkan rangkaian pencuci pakaian inovatif ini.”


“Kepercayaan dan keyakinan para pengguna telah mendorong TOP untuk menjadi jenama pencuci pakaian nombor satu di Malaysia selama bertahun-tahun. Kami berterima kasih kepada mereka melalui komitmen kami untuk terus berinovasi berdasarkan pandangan pengguna dengan tujuan menjadikan kehidupan dan gaya hidup mereka lebih baik dan bersih,” jelas Cik Foo.


“Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran warga Malaysia dari peringkat masyarakat untuk mengambil berat melalui inovasi termaju TOP. Kita masing-masing dapat memainkan peranan penting dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci baju dengan pencuci yang boleh menyingkirkan virus.”




“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya ada terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati. Bila saya mendapati TOP dapat menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19, terus saya mendapatkannya untuk keluarga saya. Kami sudah biasa dengan menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah, sebelum mandi. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus,” kata Wenny Soong, ibu kepada dua anak.




Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing berasa bertanggungjawab untuk menggunakan pencuci pakaian yang boleh menyingkirkan 99.9% virus dan bakteria sebagai usahanya untuk mengurangkan risiko penularan.


“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.



Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.


“Ibu bapa saya guna TOP, saya pun guna TOP untuk banyak tahun sebab fungsi anti bau hapak dan anti-sebum amat berkesan pada baju berbau peluh dan tiada bau semasa pengeringan dalam rumah. Saya amat gembira kerana TOP masih mengekalkan kesemua fungsi yang saya gemari dan berkesan menyingkirkan 99.9% virus termasuk penyebab COVID-19. TOP memang berkesan membersihkan kotoran biarpun yang dapat dilihat ataupun yang tidak kelihatan dan saya boleh merasainya. Saya juga suka bau wangi pada baju selepas mencuci dengan TOP,” kata Syakirah Yusof, peguam.




“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pilihan Super White, Super Colour, Super Hygienic, Blooming Freshness dan Silky Miracle. Untuk pelanggan rangkaian cecair TOP, mereka boleh memilih dari rangkaian Brilliant Clean, Colour Protect, Odour Buster, Stain Buster, Blooming Pleasures dan Silky Miracle. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP juga terdapat dalam Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk) serta Smart Clean (cecair) dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Kedai Rasmi Shopee dan LazMall.


Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.


Mengenai Pencuci Pakaian TOP

TOP yang merupakan Jenama Pencuci Pakaian No 13 di Malaysia merupakan jenama yang inovatif, memberi tumpuan kepada pengguna oleh Lion Corporation Japan, yang telah menaikkan taraf cara kita mencuci pakaian di Malaysia melalui penyelidikan berterusan, menghasilkan inovasi termaju untuk berkhidmat dan memperbaikkan kehidupan pengguna.


Ia terkenal dengan perjuangan konsep kehidupan bersih menyeluruh melalui inovasi teknologi pencuci pakaian yang berterusan. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP yang baharu dengan Anti-Microbial Tech oleh Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2 secara berkesan. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.


Ia mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua kefungsian TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti-bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan kekal segar.


Sebagai sebuah jenama yang memenangi pelbagai anugerah, TOP dipercayai oleh pelanggan dan dikenali oleh industri. Antara anugerah yang dimenangi baru-baru ini: Pemenang Emas People’s Choice di Putra Brand Awards 2020.


TOP boleh didapati di seluruh negara melalui pasar raya besar, pasar raya, kedai cucian dan laman atas talian yang dipercayai, TOP boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz paket, bersesuaian dengan keperluan cucian yang berlainan. Untuk maklumat lanjut: layari http://www.southernlion.com.my

Kesemua Pencuci Pakaian “Advanced Micro-Clean Tech” adalah 

A close-up of a flower

Description automatically generated with low confidence

A picture containing text

Description automatically generated

Logo

Description automatically generated

A picture containing text, vegetable

Description automatically generated

Menyingkirkan 99.9% Virus Berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan Bakteria2 untuk Perlindungan Optimum.

Menarik keluar Kesan Peluh, Minyak Badan dan Kotoran Terperangkap untuk Pembersihan Menyeluruh.

Mencegah Bau Hapak walaupun Dikeringkan di Dalam Rumah. 

Menyingkirkan 99.9% Debu Hama2 yang Menyebabkan Alahan.



Pencuci Pakaian Serbuk “Advanced Micro-Clean Tech” TOP 

Pencuci pakaian serbuk “Advanced Micro-Clean Tech” TOP terdapat dalam pilihan Super White, Super Colour dan Super Hygienic yang terdapat dalam 750g, 2.3kg dan 3.8kg; sementara Blooming Freshness dan Silky Miracle terdapat dalam saiz paket 750g, 2.1kg dan 3.6kg masing-masing dijual dengan harga runcit yang disyorkan RM5.50, RM14.95 dan RM23.40.

 

Setiap pilihan terdapat fungsi pencuci pakaian unik untuk keperluan tertentu anda.  

Super White 

TOP Super White menjadikan pakaian anda putih dan cerah hanya dengan satu cucian hasil gandingan Blue Marine Whitening Tech.

Super Colour 

TOP Super Colour melindungi warna pada fabrik dengan Innovative Colour Enhancement Tech yang mengekalkan warna berseri lebih lama.

Super Hygienic 

TOP Super Hygienic menghilangkan bau peluh daripada cucian dengan Advanced Deodorising Tech, supaya anda dapat menikmati gaya hidup aktif yang lebih segar. 

Blooming Freshness

Top Blooming Freshness mengujakan deria anda dengan Freshcare Tech yang memberikan haruman bunga berkekalan sehingga 30 hari2.

Silky Miracle

Top Silky Miracle adalah keajaiban luar biasa daripada lembutan sutera, penjagaan fabrik dan wangian mewah sehingga 100 hari*.

*Mengandungi bahan-bahan aktif dan diuji di makmal Jepun. 


Pencuci Pakaian Cecair “Advanced Micro-Clean Tech” TOP 

Pencuci Pakaian Cecair “Advanced Micro-Clean Tech” TOP terdapat dalam pilihan Brilliant Clean, Colour Protect, Colour Buster, Stain Buster dalam saiz paket 1.8kg, 2.7kg dan 4kg dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM10.40, RM17.55 dan RM24.05; sementara Blooming Pleasures dan Silky Miracle terdapat dalam saiz paket 1.5kg and 3.6kg dengan harga runcit disyorkan RM10.40 dan RM24.05. 

Setiap pilihan terdapat fungsi pencuci pakaian unik untuk keperluan tertentu anda. 

Brilliant Clean 

TOP Brilliant Clean menanggalkan kotoran dan mencegah pakaian menjadi kusam dengan Superior Dispersion Power untuk cucian yang lebih bersih dan cerah. 

Colour Protect 

TOP Colour Protect melindungi warna pada fabrik dengan Innovative Colour Enhancement Tech yang mengekalkan warna berseri lebih lama. 

Odour Buster 

TOP Odour Buster menghilangkan bau peluh dan menyingkirkan 99.9% bakteria penyebab bau membiak atas pakaian dengan Advance Deodorising Tech untuk gaya hidup aktif yang lebih segar. 

Stain Buster 

TOP Stain Buster menembus setiap lapisan fabrik dengan Stain Removal Action untuk cucian yang bersih sepenuhnya dengan satu cucian. 

Blooming Pleasures

TOP Blooming Pleasures mengujakan deria anda dengan Freshcare Tech yang memberikan haruman segar berkekalan sehingga 30 hari2

Silky Miracle 

TOP Silky Miracle adalah keajaiban luar biasa daripada lembutan sutera, penjagaan fabrik dan wangian mewah sehingga 100 hari*.

*Mengandungi bahan-bahan aktif dan diuji di makmal Jepun. 


Pencuci Rendah Buih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP 

Untuk mesin basuh muatan hadapan, cecair TOP Smart Clean terdapat dalam saiz paket 2.7kg and 4kg pada harga RM24.65 dan RM31.00, serbuk TOP Super Low Suds terdapat dalam saiz paket 3kg dan 5kg pada harga RM28.90 dan RM39.90, sementara serbuk TOP Low Suds Blooming Garden terdapat dalam saiz paket 4.8kg pada harga RM39.90. 

Smart Clean Liquid 

TOP Smart Clean adalah pilihan bijak untuk mesin basuh muatan depan dengan High Efficiency Low Suds Tech yang memberikan cucian yang cekap dan berkesan setiap masa. 

Super Low Suds Powder

TOP Super Low Suds adalah pilihan yang lebih bijak untuk mesin basuh muatan depan dengan High Efficiency Low Suds Tech yang memberikan cucian yang cekap dan berkesan setiap masa.

Super Low Suds Blooming Garden Powder 

TOP Super Low Suds Blooming Garden memberi keseronokan untuk mencuci dengan High Efficiency Low Suds Tech serta Freshcare Tech yang memberi wangian bunga segar berkekalan sehingga 30 hari2.


Tuesday, May 11, 2021

Idea aktiviti PKP 3.0 : Welcome back Plato

 


Hai uolls. Memadangkan sekali lagi kita akan menghadapi PKP  untuk kali ketiga, tambah pula time raya pulak tu. Mesti korang banyak masa terluang sampai tak tahu nak buat, maklumlah time PKP pun susah. I just nak memperkenalkan satu apps game ni, mungkin ada yang kenal masa PKP 1, nama dia Plato.

Apps Plato dia lain daripada apps game yang lain. Plato ni macam untuk orang tak reti main boleh main game. Kebanyakkan game kita dah biasa main masa kecik-kecik cumanya version maya. Dan yang best sekali korang boleh main game dengan kawan-kawan korang sekali walaupun jauh. Siap boleh chat tau

Boleh download dekat Apps dan Google Play Store


Dalam Plato ada macam-macam game macam bowling, archery, bankroll, ludo, basketball dan lain-lain. Macam contoh kat atas tu game BankRoll, game bankroll sebijik macam game jutaria tu. Cara untuk bermain-main ramai-ramai korang add username plato masing-masing dan  add mereka dalam satu group. Kemudian boleh start game yang korang suka.



Bermacam-macam game di Plato. Korang juga boleh main game dengan orang luar secara online tau. Plato antara best apps untuk mengisi masa PKP korang ni. Wajib try apps ni okay!


Wednesday, May 05, 2021

Perdebatan Hebat Rendang Raya Santan Ayam Brand™ Menyerlahkan Keenakan Rasa Tradisi

SHAH ALAM, 03 Mei, 2021 – Apakah memori Raya yang paling manis anda? Bagi anak-anak kampung, kemeriahan bergotong-royong memasak rendang, ketupat dan dodol mungkin antara kenangan Raya paling awal mereka. Dengan bau semerbak santan yang kian masak di atas kayu api, serta kehingaran ruang yang diisi dengan irama Hari Raya daripada radio berhampiran dan gelak-tawa jiran tetangga yang sibuk memasak, pastinya akan menggamit ingatan kemeriahan sambutan.

 


Bagi keluarga dengan ibu bapa mereka yang berasal dari negeri yang berbeza, Perdebatan Hebat Rendang Raya pasti muncul menjelang berakhirnya Ramadan. Setiap pihak akan mempertahankan mengapa sajian rendang dari negeri mereka adalah lebih hebat, baik dari segi rasa, aroma, tekstur, tahap kepedasan sehinggalah keenakan baki rendang yang ada.


Ada keluarga yang akan memilih untuk menyediakan rendang daging, ayam, kerang, kambing mahupun makanan laut dalam pelbagai cara bagi menenangkan kedua-dua pihak, dan menggembirakan tetamu mereka. Pilihan ini juga akan mencetuskan lagi perdebatan tentang rendang mana yang lebih enak, sekali gus membuktikan tiada pihak yang menang mahupun kalah dalam Perdebatan Hebat Rendang Raya ini. Sebaliknya, ia mampu menggembirakan selera dan perut yang lebih kenyang.


Terdapat empat komponen untuk menghasilkan rendang yang hebat: rempah, pes, daging atau makanan laut, serta santan yang lemak berkrim. Chef, tukang masak di rumah mahupun connoisseur rendang bersetuju bahawa santan berkualiti merupakan ramuan utama bagi rendang yang enak.


Ayam Brand™ memahami cabaran yang dihadapi dalam menghidupkan resipi-resipi tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain, serta keperluan gaya hidup hari ini seperti kebimbangan terhadap pemakanan yang berkaitan kesihatan dan masa terhad untuk masak.


Sejak berdekad lamanya, Ayam Brand™ menyediakan rasa hebat dan manfaat kesihatan santan dalam pek mudah. Dalam persekitaran yang bersih, Santan Ayam Brand™ diperah daripada kelapa-kelapa terpilih dengan santan yang terhasil kemudiannya dimasukkan dalam pek tetra menggunakan teknologi ultra tinggi (UHT). Kaedah yang digunakan adalah sama baik dengan perahan menggunakan tangan. Bezanya, anda tidak perlu berhadapan dengan kerja-kerja membersih perkakas selepas santan diperoleh. Penstandardan kualiti, kepekatan dan kuantiti dalam setiap pek akan memudahkan individu yang memasak, menyingkirkan kaedah agak-agak yang sebelum ini diamalkan.


Terdapat pelbagai pilihan Santan Ayam Brand™ bagi memenuhi segenap cita rasa. Anda boleh memilih, Santan Trim Ayam Brand (45% kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand (hanya 5% kandungan lemak!).

 


Bersempena sambutan Hari Raya ini, Ayam Brand™ telah memperkenalkan pek edisi terhad Santan Ayam Brand™ 200ml dengan penutup senang dibuka - agar anda dapat menggunakan santan mengikut keperluan dan menyimpan baki yang ada dengan mudah di dalam peti sejuk sebelum digunakan lagi. Walaupun pek santan baharu ini ditawarkan dalam tempoh yang terhad, namun rasa dan resipi Santan Ayam Brand™ yang dikenali ramai masih lagi sama.


Bekerjasama dengan tiga tukang masak di rumah yang berpengalaman, Ayam Brand™ membawakan anda tiga resipi rendang yang unik. Setiap resipi merupakan khazanah keluarga yang telah dicuba dan disempurnakan oleh turun-temurun dengan penuh kasih-sayang.


Sekiranya anda masih belum memutuskan pilihan rendang bagi Hari Raya ini, masih ada masa untuk mencuba resipi-resipi ini untuk mengetahui yang manakah rendang kegemaran anda. Adakah ia Rendang Kerang, Rendang Ayam Cili Padi dengan Puluh Kuning atau Rendang Daging Pedas Perak?


Hidangan Rendang Kerang ini merupakan sajian tradisi bagi Wana Kamal (@wanakamal_79) dan membawanya ke zaman silam kerana ia merupakan rendang kegemaran arwah ayah beliau setiap kali sambutan Hari Raya. Wana masih ingat memori ketika kecil. Beliau akan memetik cili padi yang ditanam di rumah dan mengupas kerang bersama saudara perempuannya sebelum rendang dimasak.

Rendang Kerang merupakan hidangan tradisi keluarga Wana Kamal


“Bagi memudahkan kerja, saya akan merebus kerang terlebih dahulu agar kulit kerang akan terbuka dan menyenangkan isi dikeluarkan. Namun, saya perlu peka dengan masa merebus kerana kerang yang direbus terlalu lama akan menjadi keras dan liat. Bagi menyediakan rendang yang enak, anda memerlukan dua genggam cili padi dan Santan Ayam Brand™,” kata Wana yang amat merindui masa yang dihabiskan bersama keluarga untuk menyediakan hidangan istimewa tersebut.


Walaupun banyak pihak yang berpendapat bahawa daging merupakan ramuan paling sempurna bagi rendang yang lazat, namun Amirah (@mira.sofia.saufi) merasakan rempah dan santan yang digunakan dalam Rendang Ayam CIli padi menyerlahkan lagi rasa sedap ayam kampung, terutamanya apabila ia dipadankan dengan pulut.


Rendang Ayam Cili Padi adalah resepi warisan untuk Amirah sekeluarga


“Ketika membesar saya didedahkan dengan pelbagai jenis hidangan Rendang tetapi bagi Hari Raya, Rendang Ayam Cili Padi wajib ada. Ibu telah mengajar saya cara untuk menyediakannya, dan saya akan meneruskan tradisi ini. Beliau akan menggunakan banyak cili padi berbanding saya kerana sememangnya suka pedas. Bagi menyediakan masakan ini, saya gemar menggunakan Santan Ayam Brand™, lebih-lebih lagi ia didatangkan dengan penutup yang mudah dibuka. Tekstur santan ini juga lebih pekat dan berkrim, berpadanan dengan tahap kepedasan ramuan. Rendang ini sesuai dipadankan dengan pulut kerana ia mempunyai kuah. Ia juga enak dimakan bersama lemang mahupun ketupat!” tambah Amira.


Mereka yang berasal dari Perak memang dikenali sebagai pengemar makanan pedas. Rendang kegemaran Zarra (@zarra.riana) adalah Rendang Daging Pedas yang disediakan keluarganya kerana tekstur rendang yang memuaskan rasa.

Tekstur Rendang Daging Pedas yang istimewa menjadi hidangan kegemaran Zarra sekeluarga


“Sementara Rendang Tok menggunakan kerisik, Rendang Daging Pedas menggunakan kelapa parut bagi mendapatkan tekstur lembut yang serupa dengan Serunding. Bagi mendapatkan daging yang empuk bersama rasa sempurna rempah dan herba serta ‘berkawan’ dengan Santan Ayam Brand™, hidangan ini dimasak di atas api yang perlahan untuk tempoh yang lama,” jelas Zarra.


Oleh itu, siapakah bakal menjadi pemenang Perdebatan Rendang Hebat Raya ini? Keputusannya di tangan anda - sediakan ketiga-tiga resipi warisan ini dan jadikan ia kegemaran anda.


Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemudahan Santan Ayam Brand™ dengan penutup edisi terhad ini dan menyertai peraduan Masak dan Menang Ayam Brand™. Anda hanya perlu memasak rendang atau hidangan-hidangan lain dengan menggunakan santan Ayam Brand™, ambil gambar dan memuat naik ke laman Facebook atau Instagram anda dengan menggunakan tanda pagar #santanayambrand. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM17,200 dari innochef! Untuk butiran lanjut, layari laman https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang.


Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai maklumat lain di www.ayambrand.com.my.