Salam Readership uolss. Disebabkan negara kita masih lagi PKP, dan banyak aktiviti luar terbatas memang banyak habiskan masa dengan Shopee ni. Ada barang yang Miela jumpa pasti korang tak kan sempat rasa bosan, sebab nak siapkan benda ni makan hari. Jadi barang tersebut ialah set canvas painting dekat Shopee serendah RM11.80.



Bila barang sampai ia didatangkan set canvas dan juga frame kayu. Frame kena add on dekat cart jadi total semua RM24++. Set canvas diberi dengan colour, canvas dengan dua berus. Tapi kalau tak cukup brush boleh tambah lagi dalam cart. Masa Miela order ambil masa kurang dua minggu untuk sampai sebab barang dari China.

Hari pertama painting

Hari ketiga

Jangan risau untuk tak reti menwarna, just ikut numbor diberi dan warna sahaja. Kesusahan menwarna ikut design lukisan, kalau susah boleh jadi sebulan juga nak siapkan. Tapi untuk design yang Miela warna bagi Miela level moderate. So ambil masa dalam 6 hari sahaja untuk siapkan. Kalau urat jari lenguh tu perkara normal sebab mewarna lukisan begini memerlukan ketelitian sedikit.


Bila dah siap rasa puas hati sangat

Bila dah siap, serious sangat puas hati. Berbaloi untuk habiskan masa berhari-hari untuk siapakan. Selalunya kalau beli canvas yang dah siap print walaupun simple RM60++ lebih dekat pasaran tapi yang ini siap boleh pasang sendiri dan boleh gantung dekat dinding tak sampai RM30. Malah boleh pilih design lawa-lawa dekat sini




Jom beli dekat kedai Painting By Number untuk isi masa lapang







1 Comments

  1. Lawanya.. Macam puas hati mewarna sendiri. Pahtu gantung. Tersenyum je teringat memori kembali zaman ribena. Haha

    ReplyDelete