Thursday, September 16, 2021

Pengalaman Swab Test PCR di BP Healthcare under MyEG

Dua hari lepas baru sahaja Miela selesai swab test PCR di BP Healthcare, Parit Buntar. Menariknya swab test di buat sangatlah murah pada harga RM150 sahaja under MyEG. Cara nak dapatkan swab test murah kena apply website MyEG. Tempahan dibuat mesti dibuat 3 hari sebelum swab test, agak ambil masa yang lama untuk buat appointment tetapi harga berbaloi dan result PCR semamangnya puas dengan accurate 99%


Selepas buat appointment di website myeg, dalam masa 24 jam agent myeg akan call untuk confirmkan tarikh, dan situ nanti dorang bagi kita borang untuk kita isi. Kemudian baru dapat ticket pergi swab test nanti

Email confirmation untuk swab test


Kemudian pada kejadian, BP Healthcare call untuk tanya plat kereta, ini kerana proses swab test di buat secara drive thru. Masa sampai tu awal 10 minit, dah proses tak lama tak sampai 10 minit pun. Layanan pun bagus tak sakit sangat masa swab test.

proses swab test secara drive thru


Manakala keputusan dikeluarkan ambil masa 25 jam, dari masa swab test pukul 10.30 dan keputusan keluar dalam masa 11.30 pagi diberikan melalui email. Alhamdulilah keputusan result negatif covid. Proses swab test dengan BP Healthcare tersangatlah smooth. Memang recommended untuk swab di BP Healthcare ni


1 comment:

  1. Terima kasih share! Untuk warga kerian boleh la mai sini.
    Alhamdulillah result negative

    ReplyDelete