Salam Readership uolss. Lately posting blog Miela memang banyak pasal makanan je. Tambah-tambah banyak aktif dekat Tik Tok, I buat banyak content makanan di situ. So, dalam versi blog pun banyak entri makanan je 😆. Btw, korang boleh follow tiktok di link http://www.tiktok.com/@salmilanadia tau kalau nak tengok video tiktok yang menarik. Okay done promote hihi.



Kafe Padi dah lama Miela aim nak pergi, padahal tak jauh mana pun. Dalam 20 minit dari Kuala Kurau gitu. Cara I sampai ke sini I waze Teratak Tok Su, Kafe Padi memang betul-betul sebelah Teratak Tok Su. Teratak Tok Su macam homestay ala-ala kampung yang dikelilingi sawah padi. Nak masuk situ pun dah rasa vibe dia nyaman dengan angin sawah padi gitu.

Menariknya konsep Kafe Padi rupakan kedai kopi aesthetic tapi feeling macam kampung halaman di kelilingi sawah padi. Mungkin sebab itu kafe tersebut dinamakan Kafe Padi.

Yang ini homestay sebelah Kafe Padi


Suasana di Kafe Padi







Mengopi sambil makan keropok lekor tepi sawah memang feel





Kami balik takeaway dessert dari Kafe Padi



Dan tadaa dessert dari Kafe Padi yang kami bawak balik tu, semuanya sedap. Tambah-tambah yang croissants sedap sangat. Next time boleh beli lagi. Orang Bagan Serai dan Semanggol boleh lepak petang dekat Kafe Padi. Pagi pun boleh kalau nak breakfast, sebab Kafe ni bukak seawal 9 pagi siap ada menu breakfast seperti nasi lemak dan roti telur goyang. Overall recommended place untuk memcuba. Uolss juga boleh tonton video tiktok Kafe Padi disini https://vt.tiktok.com/ZSeVPR4Ku/


Kafe Padi
Lokasi: Teratak Tok Su, Jalan Kampung Tua, Semanggol, Perak
Waktu Operasi: Selasa-Ahad 9.00-6.30 Petang/ 3.00-6.30 Petang (Jumaat sahaja)
kecuali Isnin cuti
Instagram: @padi.prk





3 Comments