Program Shopee Affiliate Program/ Shopee Ambassador Program (SAP) sebenarnya mula famous sewaktu mula-mula pandemik dimana sangat mudah menjana income dengan hanya promote link shopee sahaja kebetulan memang waktu pademik ramai gemarkan beli secara online tambah-tambah di Shopee.

Sebenarnya  Shopee Affiliate Program dan  Shopee Ambassador Program (SAP) hampir serupa dimana tugas hanya mempromosikan link unik akaun affiliate, jika ada orang klik link tersebut dalam masa 7 hari selepas klik dan membeli maka automatik kita akan dapat komisen dari setiap pembelian pelanggan dan duit akan masuk selepas 3 bulan transkasi pelanggan berjaya.

Shopee Ambassador Program (SAP) pula lebih khusus untuk influencer yang gemarkan buat content berkaitan dengan shopee dengan syarat untuk memasuki program perlu min 1k Follower di mana-mana social media. Bila join Shopee Ambassador Program (SAP) yang bestnya apabila kita akan dapat bonus tambahan jika mencapai target dari Shopee seperti shopee voucher RM50. Tapi jangan risau tak sampai target pun, Shopee tak kan buang. Program memang sesuai untuk influecer tambah-tambah blogger sedang baca entri memang sesuai join Shopee Ambassador Program (SAP).





Meh sini saya share cara-cara untuk sertai program Shopee Affiliate Program/ Shopee Ambassador Program (SAP):

1. Daftar Shopee Affiliate Program dekat sini. Jangan lupa letak referral code: GEGRP79

2. Kemudian daftar kelas Sign Up For Onboarding Season dekat sini . Disini ada form berbentuk Google Sheet dimana kita boleh pilih waktu kelas perlu join. Memang WAJIB untuk join kelas Onboarding Season kalau tak rugi, nanti tak dapat reward huhu.

3. Tinggal ikut step seterusnya selepas diajar dalam Shopee Ambassador Onboarding Season.


Antara Tips untuk generate income banyak dari Shopee Affiliate Program berdasarkan pengalam saya:

1. Share content berkaitan barang Shopee dengan cara story telling. Lebih bagus jika beli barang yang kita suka dan promosi pengalaman yang baik barang apa yang anda beli di Shopee

2. Buat content yang rare atau orang memang cari barang tersebut. Contoh musim pandemik, boleh share content berkaitan barang keperluan mesti ada semasa menjalani kuarantin

3. Banyak buat beberapa content pelbagai channel seperti group Facebook, Twitter, Instagram, TikTok mahupun Blog. Kalau ada yang lebih serasi mana-mana channel, boleh focus dekat situ

4. Biasanya walaupun banyak channel saya promosikan link Shopee, setiap channel berlainan saya akan buat content ikut keserasian penguna. Contoh kalau di blog, content lebih kepada barang orang akan cari melalui di blog contoh Idea Barang Kahwin. Manakala content di Facebook lebih kepada barang keperluan harian. Jika di IG story saya lebih gemar share content apa follower saya suka



Antara income yang pernah saya dapat sepanjang join  Shopee Affiliate Program . Kadang boleh dapat lebih masyuk income dari Google Adsense 😆. Tak rugi tau join lagi-lagi geng blogger yang memang  ada skill dalam menghasilkan content. Daftar pun free, boleh join  di link >>Daftar Shopee Affiliate


1 Comments

  1. Wahhh lumayan jugak income dari SAP ni. Saya baru register last week dan harini baru dapat email yang dah approve!

    ReplyDelete