Alhamdulilah diberikan rezeki untuk sampai ke Escape Penang pada tahun 2022 selepas kali terakhir pergi pada tahun 2015. Hampir 7 tahun jugak tak pi, sempat merasa harga tiket escape RM41.50 masa tu beli time promo. Serious sangatlah berbeza Escape 7 tahun sebelum dengan sekarang lagi extreme and lebih banyak permainan. Kalau dulu memang takda permainan basah, game tak berapa nak memcabar. Nak cerita detail tentang escape yang dulu boleh baca entri di Pengalaman Pergi Escape 2015 sini.

Sebelum nak pergi Escape Penang of courselah kena beli tiket dulu kan. Senang je beli terus di website https://www.escape.my/pg . Masa I beli harga RM141.95 diskaun 15% OFF sebab beli awal 2 minggu. Digalakkan beli online, sebab lagi mudah dan murah dari harga asal RM167. Sebelum sampai ke Escape Penang kitaorang kena update face id dalam email yang dihantar supaya mudah proses untuk check in nanti tanpa tak perlu beratur di kuanter tiket.



Lupa pula nak mention antara persiapan yang perlu dilakukan sebelum ke Escape Penang selain beli tiket korang juga perlu bawa barang tertentu kalau nak selesa yang lebih murah . Kalau takde boleh je beli kat Escape tapi agak mahal sebagai contoh waterproof case kat Escape harga RM25 tapi beli kat Shopee tak sampai RM5. Boleh beli 5 star rating review waterproof case di sini https://shope.ee/8KBWH7yNFI

Selain tu especially girl bertudung, I galakkan uolss bawak baju mandi sendiri yer, sebab kat sana diwajbkan untuk pakai swimming suit bila mandi. Kalau takda kena sewa RM9 tapi tu I tak berapa suka sewa sebab nampak macam alien sikit kat kepala dan nampak menonjol sebab swiming suit warna biru terang and labuh sangat. Nasib I sempat beli baju renang muslimah dekat Shopee RM50 lebih dah murah, tak terlalu sexy sangat, kain memang okay sangat. I beli dekat sini https://shope.ee/4pbe6z4dKV .

Kemudian bila sampai sana, locker paling mudah korang perlu pakai debit card atau e wallet untuk sewa sendiri locker. Tak silap cuma RM10 sahaja. Untuk pembelian makanan or shopping boleh guna cash atau ewallet/debit card.



Macam biasa masuk escape pukul 10 pagi, memang ramai orang especially weekend. Memang banyak giler permainan tapi kitorang dan main 5 permainan je 😂 disebabkan nak beratur line 1 game dah sejam. Maybe kalau pergi hari biasa tak ramai. Tapi walaupun tak banyak game main I still puas hati dengan harga tiket dan kepuasan bermain. Lagi 1 bukan senang nak dapat main the longest Zip Coaster dengan Longest Tube Water Slide paling panjang dekat dunia, so berbaloi sangat. 



Waktu main Monkey Business


Untuk pengalaman main Zip Coaster for me macam seram jugak masa main dahlah laju lagi-lagi lalu dekat selekoh tu. Kalau berat tak cukup mau melayang haha. Yang water slide sumpah best giler tak cuba memang rugi. Sambil main water slide boleh tengok pemadangan cantik-cantik masa nak turun tu. Dua ni wajib cuba sebab game masuk book of record tu. Selain tu I suka main Atan's Leap. Bolehlah nak terjun turun ala-ala pelakon aksi sikit 😆. Also Monkey Business uolls patut try pun best jugak main.




Untuk lunch pulak kitaorang makan A&W je, walaupun tak banyak pilihan nasib A&W memang sedap. I suka air dia walaupun nak bergas tapi tak rasa gas sangat pun. Harga satu set meal lebih kurang RM20 jer.

Tempoh untuk kitaorang berada di Escape Penang dari pukul 9.30 sampal pukul 5 petang. Sempat merasa buat aktiviti kering dan jugak mandi kolam dekat sana. Untuk surau jangan risau memang ada dua-dua side kering dan basah. Telekung pun ada disediakan. Pendek kata keperluan semua ada disitu. 

Last korang boleh tonton video I dekat tiktok di link https://vt.tiktok.com/ZSdnutdKP/?k=1. Jangan lupa like dan follow tau!

0 Comments