Tuesday, January 31, 2012

Review: Novel Juara Carta Cinta


Sekali sekala nak review untuk novel apa salahnya?. Inilah kali pertama cik miela review untuk novel selalunya review drama or filem. Novel yang pertama direview oleh cik miela ialah Juara Carta Cinta bukan Carta hati lagu najwa latif yer. Kebetulan novel ni baru je habis baca last week. Novel ni memang best. Kalau nak bagi bintang untuk novel ni, cik miela bagi tiga bintang setengah daripada lima bintang. Kalau nak beli novel harganya RM 19.90. Tetiba sebut pasal harga pulak, :P.

Awal-awal part dalam novel ni agak boring sedikit tapi makin lama makin best pula. Maya Hanum ni watak utama dalam novel ni. Yang heronya pulak ialah Haiqal, dan dua watak yang ingin menrebut juara dalam carta cinta Maya ialah Haqiem jiran disebelah kiri yang merupakan bekas kekasih Maya Hanum dan Adnan jiran sebelah kanan yang merupakan bekas tunang Maya yang sekarang sudah berkahwin dengan Intan. Kedua-dua jiran ni menbuatkan Maya pening habis kerana dua jiran ni. Dunia Maya rasa sempit bak inti sandwic yang dihimpit dek roti panas. Datang pula Si Haiqal ni akhirnya berjaya menbuka pintu hati Maya. Mula-mula Haiqal nie banyak berahsia, sampai Maya ingat Haqial berkerja sebagai pengawal keselamatan. Rupa-rupanya Haqial seorang penulis novel yang terkenal, tapi kalau nak tahu nak nama pena Haiqal untuk karyanya kenalah baca novel ni ok?. Ada satu kejadian dtidak dingini berlaku kepada Maya menyebabkan Maya ni asyik pengsan je. Keadaan Maya yang asyik pengsan menimbulkan fitnah menyebabkan Maya dipaksa kahwin dengan Haiqal. Kenapa Maya asyik pengsan?. Hehe kalau nak tahu ending novel bacalah novel JUARA CARTA CINTA karya Lynn Dayana.

Monday, January 30, 2012

Senarai blog yang ada tutorial

Salam. Cik Miela rasa nak share link blog-blog yang ada tutorial. Kadang orang asyik tanya kita macam mana nak buat blog yang macam tu yang macam nilah. Kita pun rasa malas nak tunjuk takut nanti ada yang tak faham. Actually blog cik miela pun ada tutorial, tapi tak banyak. Tapi list yang dibawah nie lagi terbaik, korang boleh pilih yang mana satu. Yang best lagi, cik miela bagi drect link terus ke page tutorial bukan dekat home ok?. Jom usha-usha blog bawah ni.


1. Atikah madiah

2. Dya Marshmello

3. Cik Tom

4. Lyssa Faizureen

5. Intan Nurul Fateha

6. Azhunk

7. Nurul Cumel

8. Wan Hazel

9. Emiesyandra

10. Mommy Pinky

Saturday, January 28, 2012

Tanda - tanda besar kiamat

Hari ni Cik Miela nak share pasal tanda-tanda besar kiamat. Tak salahkan cik miela nak share sebab sebagai umat islam harus mengingati antara satu sama lain. Ramai orang barat mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun ini,2012, tetapi sebagai orang islam jangan terlalu taksub seperti yang dikatakan. Hanya Allah sahaja yang tahu bilakah kiamat akan berlaku. Sebagai umat Islam kita perlu mempersiapkan diri untuk kiamat yang paling hampir iaitu mati. Berikut adalah sebahagian tanda-tanda besar kiamat;

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai


Sumber: Islam itu indah