Saturday, June 02, 2012

Minggu orentasi yang padat

Salam. Hari ni Cik Miela nak taip entri ringkas-ringkas punya. Nak cepat, yelah esok nak balik matrik. Kol sepuluh setangah kena ada dalam bas. Balik nie pun sebab ada benda nak dibereskan. By the way, minggu orentasi sangat-sangat penat dan pack timenya tapi.................. BEST.
Bukit bukau subur menghijau..lalalala~
Mula-mula masuk matrik macam culture shock sikit untuk Cik Miela. Yelah Cik Miela mana pernah rasa duduk hostel. Tahu tak matrik kat perak ni sangat-sangat lah besar dengan berbukitnya. Time orentasi kena jalan untuk menuju ke dewan masjid cafe anjung siswa dll. Siyes bukan setakat jalan tapi mendaki lagi. Nama pun duduk kat kawasan berbukit, kalau tiap-tiap hari mendaki ada harapan la tawan gunung everst,bhahahaha. Tentang jadual yang pack pulak, memang padat. Makan pun tak sempat sampai nak menangis nak terkenanglkan rumah tak sempat weyy. Sebab sibuk sangat terlupa terkenangkan tentang family even ada contact family hehe.

Orentasi yang Cik Miela suka ialah aktiviti bersama Mentor Mentee. Hehehe hal ini kerana, Cik Miela tak suka duduk dalam dewan, sebab dalam dewan padat giler kalah ikan dalam tin sardin yang menuat 2500 lebih pelajar matrik [batch paling ramai dalam 10 tahun]. Kalau aktiviti Mentor Metee tak lah panas macam kat dewan. Pelajar matrik dibahagi setiap kumpulan dengan tempat berlainan. Cik Miela dapat bilik kuliah 6, best jugak. Kebanyakan dalam dewan tu bila present memang daebak Cik Miela cakap, mereka pandai cakap kat depan macam motivator. Tapi Cik Miela ni jenis memalu sikit, maaf memang saya begitu :P.
Padat kan dewan nie. Penuh wooo
Minggu Orentasi nie mestilah ada orang yang menguruskan, siapa lagi kalau bukan abang kakak AJKO [pelajar matrik bacth lepas]. Macam-macam perseonaliti abang kakak AJKO, ada yang garang, semangat, dan seporting. Abang AJKO paling seporting is abang Luqman. Klik nama dia, dapat lah usha blog dya, haha promate blog orang jap. Giler abang nie lawak, sampai nak tergelak guling-guling, nasib baiklah dewan tu sempit kan. Abang nie boleh kecek kelate lagi.

Maaf sampai disini Cik Miela boleh cerita kat korang pasal minggu orentasi. Haha kalau TAK FAHAM isi entri nie, maaf sekali lagi. Sebab taip pun kelam kelibut nampak, tapi kalau budak KOLEJ MATRIKULASI PERAK batch 2012/2013 pasti faham dan rasai apa Cik Miela rasa sepanjang minggu orentasi.

Thursday, May 24, 2012

Sebelum pergi Matrik



Excited dan sedih pun ada dalam perasaan sekarang nie. Ketika Cik Miela menulis entri nie, baju-baju dah siap packing lebih kurang 5% je persiapan perlu disiapkan sebelum pergi ke belajar balik. Sebut pasal belajar balik, hehe sebenarnya otak nie dah berkarat. Lama sungguh tak belajar, rindu sesangat. So pergi kuliah nanti kena buka minda, bukan macam SPM boleh main-main [hehe besalah dulu budak bawah umur] :P].

Surat cinta dari Matrik

So far, urusan isi borang, bayar yuran dan beli barang dah siap. Lebih kurang tiga minggu nak siap semua benda nie. Urusan di kaunselingkan pun dah buat,hihi. Kenapa?, ini kerana time tu memang tak yakin nak pergi matrik. Matrik nie pilihan terakhir, sebab Cik Miela tak dapat sebarang tawaran U. Dan Cik Miela pergi sekolah minggu lepas. Cik Miela jumpa Cikgu N, beliau banyak bagi nasihat dan suruh pergi Matrik. Beliau kata kalau dapat matrik rugi tak pergi. Dan Cikgu Shafian [My favourite teacher hahaha] pun kata kalau ambil akaun nie kena kuat sikit al makmlumlah Cik Miela zero tentang akaun. Bagi Cik Miela tak ada benda yang senang meskipun makan nasi, semua bermula dengan belajar. Ok Cik Miela fighting2 yeah.


Urusan reunion pun dah selesai jugak. Last week Cik Miela jumpa dengan my besfriend. Macam biasa tempat reunion kt KFC[bajet giler]. Punya lama kami menapak kt KFC dari pukul 1.30 ptg sampai pukul 4 ptg. Macam2 kami sembangkan dan aktivit wajib tangkap gambar, hahahaha. Tapi time reunion geram giler kat seseorang tu, ada kah patut dye bocorkan my secret. Hish tak patut, mau TABOH budak tu. Nasib baik tak semua dia cerita, takpe ada ada lori ada bas, ada hari boleh balas, hehe. Apa-apa pun Cik Miela tetap akan ingat dan sentiasa merindui kawan-kawan baik semua walaupun jauh di perantauan,hihi.

Terima kasih kakak KFC tolong tangkap gambar kami berlima. ==" maaf gambar seseorang dalam petak tu dicropkan atas masalah teknikal :P.

Sabtu nie pula akad nikah my cousin dan ahad tu pula majlis perkhawinan cousin kt Hotel Exzora. Ayoo padat sungguhid. Hari ahad start 8 malam ada majlis sampai pukul 11 malam sedangkan keesokan pula pergi matrik ==". Lawak pula bila menjelang majlis kawin my cousin, heh bukan apa. Tetiba termimpi saya yang kawin yang siap pakai dress lagi tapi hero dalam mimpi tu tak nampak lak. Haha siapa la tu adakah Shahir? hahahaha, whatever la Cik Miela mana boleh kawin lagi kalau masuk Matrik sebab dalam surat perjanjian masa study takleh kawin. Kalau nak rasa kena buang dari Matrik, kawinlah cepat-cepat, huahuahahaha.


Sekarang sudah perenggan kelima, hmm dah macam tak idea nak tulis. Opss jangan tulis merapu nanti ada yang boring nak baca entri nie. Sebagai penutup Cik Miela tempek gambar my pic kat bawah nie. Insyaallah kalau ada masa nak udpdate blog masa kat matrik [sempat ker nak update blog di Matrik?], Cik Miela update. Cik Miela sayang sesangat blog nie tau.


Nota tapak kaki: Akan pergi ke Matrik gopeng, siapa pergi??

Disneyland di Malaysia


Hehe semalam dapat story bahawa tak lama lagi Disneyland kan di bina di tempat negeriku iaitu Perak. Wow tak sangka, selama nie kecik-kecik berangan nak pergi Disneyland. Akhirnya tak payah nak kumpul duit nak pergi luar negara semata-mata Disneyland. Setakat Ipoh apalah sangat, macam jiran aku jer,hahahahaha. Dengar cite siap pada tahun 2014, bermakna umur Cik Miela masa tu 20 tahun. Harap-harap panjang umur boleh melawat Disneyland. Boleh la ku bawa kereta sendiri pergi Disneyland, haha daebak. Nak tahu lebih lanjut?. Ni dye story pasal Disneyland, credit to mummynemo.com

SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.

Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu ‘fantasy forest’, ‘wacky world’, ‘pirates cove’, ‘lost canyon’ dan ‘pixel planet’, selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.

“Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.

Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa.

Katanya, hotel itu yang kini 20 peratus siap meliputi bangunan hotel setinggi 12 tingkat, dua bangunan komersial sembilan tingkat dan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).

PCB memiliki Hotel Casuarina Ipoh di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, tetapi menjualnya kepada Impiana Hotel Ipoh Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM44 juta pada 2009 dan kini dikenali sebagai Hotel Impiana Ipoh.

Nota: Baca dah?. gempak kan?. Harap-harap jadilah.