Wednesday, July 09, 2014

GA Cash RAYA RM1000 by Emas Putih

Salam Ramadhan

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]




Saturday, July 05, 2014

Cek pertama dari Churpchurp


Salam Ramadhan. Semalam awal-awal lagi dalam pukul 10 lebih abang posmen hantaq surat cinta. Lama tau ceq tunggu, nak dekat dua bulan. Lambat ka cepat ka, sampai jugak surat tu ke tangan ceq jugak. Hampa tau surat tu dari sapa, confirm hampa boleh agak. Tengok tajuk pun hampa dah tau.

Tadaaaa surat cinta dari churpchurp

Alhamdulilah, ternyata usaha Miela berbaloi jugak share link kat twitter, minta tolong orang klik dan join contest. Walaupun just RM100, duit jugak kan??. Lagipun, benda ni tak perlu modal pun. Sebenarnya Miela dah cashout masa pertengahan bulan 5, tapi awal bulan 7 baru dapat. So kalau hampa nak cashout churpchurp jangan mimpi hari ni cashout, esok dapat dah cek. Maklumlah nak keluarkan cek perlukan masa sikit.

Dan semalam jugak la lepas dapat surat dari churpchurp teru pergi maybank untuk tunaikan cek tu. Senang je guna mesin cheque deposit, tak payah beratur lama-lama kat kuanter. Duit tu akan masuk dalam masa 3 hari berkerja. Maknanya duit tu akan masuk dalam minggu depan lah sebab hari ni dan esok cuti. Dah berangan nak beli apa, hehe. So kalau yang teringin nak dapat income secara pasif, boleh sign up acc ChurpChrup.

Thursday, July 03, 2014

Tutorial: Cara buat header transparent simple dan mudah


Salam Ramadhan. Alhamdulilah hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Macam dah lama tak buat tutorial. Dahulu kala, 3 tahun yang lalu Miela ajar Tutorial: Cara buat header tanpa mengunakan adobe photoshop . Entah reader faham ke tak dengan tutorial tu, maklumlah dulu masih budak-budak lagi nak mengajaq pun hehe. Tapi kali ni Miela nak ajaq cara buat header dan mudah tapi guna Adobe Photoshop. Ala kacang jaaa.

1. Mula-mula bukak adobe photoshop, tak kiralah  CS4, CS5, CS6 mana-mana pun sama je. Miela guna Adobe Photoshop CS6.


2. Pilih File > New .  Pastu jumpa la kotak seperti bawah ni. Size korang adjust sendiri ikut saiz korang nak. Macam Miela buat saiz 960 x 236 pixels . Lepas tu tekan ok. Part ni korang cuma adjust saiz saje.


3. Pilih icon T yang belah kiri korang untuk naik taip huruf. Seperti bulatan merah dalam gambar. Lepas tu korang taip words yang korang nak. Untuk centrekan words tu, korang boleh kilik icon anak panah tu untuk gerakan words, juga seperti dalam bulatan biru dalam gambar dibawah. Manakala untuk resize words tekan ctrl + t .


4. Untuk tukar warna words, higlightkan words tu dulu, kemudian klik icon segi empat tepat untuk pilih warna. 


5. *Option* Kalau nak lagi cantikan header tu boleh klik text layer untuk adjust. Nak tambah stroke, shadow, gradient etc pun boleh.


6. The second last step, unclick icon mata dekat background layer. Kalau tak jumpa juga, boleh tengok bulatan oren dalam gambar kat bawah. So background dah jadi petak-petak, takda warna putih kan? . Itu maksudnya header tu dah transparent. If kalau huruf macam tak kemas lagi, boleh klik seblah icon aa dekat atas header tu *kotak kuning dalam gambar*, nak smooth, sharp ke, strong pun boleh sampai korang rasa puas hati dengan header


7.  Last sekali klik file>save as . Pastikan format nak save PNG. Kalau tak menjadilah header transparent korang tu yeee. 


Senang kan buat header guna adobe photoshop??.  Tak payah korang nak potong ikut huruf untuk buat header transparent. Cuma untick background layer dah jadi. Selamat mencuba!!