Thursday, June 30, 2016

Pengalaman shopping dengan Hermo sempena 612 Anniversary Sales



Salam Readership. Kali ni nak bercerita pengalaman shopping dengan Hermo pula. Sudah kali kedua shopping dengan hermo. Kali pertama shopping dengan Hermo sangatlah ok dan service memang terbaik but yang kali dua shopping sempena 612 anniversary ada "something" sikit. Apakah "something" itu?.. Tunggu......

Actually Miela suka shooping dekat Hermo ni sebab dia jual barang komestik dan kecantikan yang kebanyakan dari pelbagai negara Asia termasuklah korea. Tak ragu-ragu shopping dekat Hermo sebab 100% original. Of course kalau nak beli barang kecantikan better original kan, takut nanti ada side effect pulak kalau yang tiruan.

Song Hye Kyo duta produk Laneige

Sekarang ni femes barang kecantikan korea. Orang cakap kan barang kecantikan dari korea banyak organik dan less bahan chemical yang berbahaya. Selain itu sebab ramai terpengaruh dengan artist korea. Bila artis korea jadi ambassador terus rasa nak beli konon boleh cantik macam retis korea gitu.

Lagi satu yang bestnya Hermo ni selalu ada sale and free gift. Kebanyakan barang-barang yang ada hermo agak sangat berpatutan dan lebih rendah compare tempat lain. Contoh masa Miela first purchase beli gel Aloe Vera Natural Republic dengan harga RM15. Murah kan?. Tu tak termasuk free shipping Hermo offer. Itu kalau beli dua barang tertentu dapat free shipping.

Ok pengalaman second purchase sempena 612 Anniversary Sales. Pada mulanya rasa tak perlu beli barang lagi kat Hermo sebab masa tu baru je shooping kat Hermo dalam sebulan lebih. Tapi yang tak tahannya bila ada sale gila-gila secara BESAR-BESARAN, wuarghhh. Bila fikir dua kali nanti raya tahun ni boleh cantik sikit pakai produk dari Hermo, gituuuu.



Ni product Miela order sempena 612 Anniversary Sales. Banyak save kan?. RM50 lebih kot save. Tanpa ragu-ragu terus tekan button order and do the payment. Tapi yang tak best shopping kali ni delivery agak lambat. 

Bayangkan Miela order 17 hb, 27 haribulan baru sampai parcel. 10 hari jugak ambil masa untuk parcel tu sampai. Nasib baik parcel sampai sebelum raya. Tapi Miela tahu, bukan Miela seorang ada masalah parcel lambat sampai malah pelanggan lain pun ada masalah yang sama. Pihak Hermo sendiri pun dah jelaskan parcel lambat sampai disebabkan order dari customer sangat tinggi menyebabkan deliver the parcel tu lambat. Maybe Hermo tidak begitu ready nak laksanakan sale secara besar-besaran sampai productivity agak slow sikit.

Akhirnya parcel sampai ke tangan
Never mind, Miela tetap lagi setia dengan Hermo. Kat mana nak jumpa barang kecantikan original dan murah kalau bukan di Hermo. Rajin-rajin jenguk website Hermo untuk tengok sale terkini. Hermo sentiasa ada sale meletop uollz.

Hermo
Facebook : Hermo Malaysia
Instagram : @hermomy

Tuesday, June 28, 2016

Resepi Cornflakes Coklat

Salam Readership.  Sabtu lepas ada try resepi dari facebook ni. Nampak mudah sebabnya tak perlu bakar. Mudah sangat resepi cornflakes coklat. Tak perlu bahan banyak pun. Budak-budak suka makan punya biskut ni. So kali ni Miela nak share resepi serba ringkas biskut raya tanpa bakar iaitu Cornflakes Coklat.


Bahan - bahan:
- Cornflakes
- Coklat
- 1/4 Butter
- Gula manik sebagai hiasan

p/s: Bahan-bahan ni boleh main agak-agak berapa banyak. Miela tak tetapkan berapa sukatan. Tapi yang penting kuantiti coklat kena lebih daripada conflakes supaya senang melekat.


Cara-cara:
1. Ramas cornflakes. Biar cornflakes hancur rata. Tapi jangan terlalu hancur sangat ye, hancur gitu-gitu je.



2. Cairkan coklat & butter dengan mengunakan teknik double boil. Gaul rata.
3. Masukkan cornflakes yang diramas tadi ke bekas yang berisi coklat dan butter. Gaul rata biar cornflakes sebati dengan coklat.


4. Kemudian sudukan cornflakes yang digaul ke dalam paper cup.
5. Taburkan gula manik atasnya sebagai hiasan.
6. Kemudian masukan dalam peti ais seketika untuk cornflakes coklat mengeras.



Tadaaaa dah siap Cornflakes Coklat. 

Wednesday, June 22, 2016

Terima Kad Ramadhan daripada Muslim Volunteer Malaysia - MVM



Salam Readership. Sepatutnya Miela update story ni di awal ramadhan. Ni sekarang dah pertengahan ramadhan. Orang sekarang dah dok pos and terima kad raya, tuan blog ni baru gegeh habaq terima kad ramadhan. Huhu walaupun dah pertengahan ramadhan tetap nak update juga.

Alkisahnya kad ni sampai ke rumah dalam awal bulan ramadhan. Tapi disebabkan masa tu Miela masih di universiti so tak sempat tak sempat tengok isi kad ini. Kemudian dua hari lepas barulah dapat sempat tengok isi kad ni. Itupun sebab dah lepas habis exam, so sampai rumah nampak kad ni dalam bilik. Rasanya dah boleh agak kad ni dari siapa, sebab ada logo Muslim Volunteer Malaysia - MVM.



Terima kasih Muslim Volunteer Malaysia - MVM sebab hantarkan kad ramadhan yang cantik ni. Macam mana boleh dapat?. Bila MVM offer nak bagi kad ramadhan free, Miela isi detail di link diberi dalam Facebook MVM sendiri. Tak sangka dapat jugak kad ni.

Muslim Volunteer Malaysia - MVM merupakan satu badan NGO yang sering menjayakan aktiviti kemanusiaan berteraskan islamik. MVM sering menjalankan program-program amal dengan kerjasama NGO lain. Dalam bulan ramadhan ada 4 program dorang buat seperti Projek SMTG 2.0, Projek Dodol, Pure Heart 5.0 dan Kem Ramadhan. Miela teringin nak join aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh MVM tetapi sebab tempat program agak jauh tu, tak dapat lah pergi huhu. Cuma dapat bagi sokongan dari jauh. 

MVM juga setiap masa sentiasa menawarkan kepada sesiapa yang ingin memberi tajaan atau derma untuk program kemanusian mereka lakukan. Zaman sekarang dah mudah, nak menderma menlalui online pun boleh. Tak perlu ragu-ragu Insyallah tajaan dan derma akan sampai di saluran betul. Di Bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita meyerikan ibadah, mengharumkan iman dan menggandakan pahala bersama Muslim Volunteer Malaysia MVM. 

Untuk mengetahui info lebih lanjut:

Twitter : @VolunteerMVM