Wednesday, December 07, 2016

Review Sephora Mask Product

Salam Redaership. Siapa sini suka pakai mask tiap-tiap minggu?. Penting kot uolzz pakai mask ni sebabnya kita nak kena jaga muka daripada muka kita kusam, tak bermaya dan gelap akibat kesan daripada sinaran mata hari dan memakai makeup setiap hari. Sebenarnya tak cukup sekadar pakai krim pelembab sahaja kena ada extra care untuk merawat kulit wajah ni.


Baru-baru ni Miela ada order mask dari Sephora. Sephora ni femes nau dikalangan kawan gurl-gurl yang suka make up haha. Tapi kali ni Miela order online sahaja sebab beli RM80 ke atas dah dapat free delivery. Untung kan? Kalau malas nak pegi store boleh order online di sephora.my.


Tadaa 2 mask nilah Miela order. CC Cream abaikan sebab dapat sample free masa order dua mask ni. Miela telah order Sephora Collection: Sleeping Mask Mono Orchid dan Skin Inc Pure Deepsea Hydrating Mask.





Sleeping Mask Mono sebenarnya terdapat pelbagai warna kotak berbeza seperti Rose, Green Tea, White Pearl dan lain-lain. Tekstur gel warna lutsinar dan bau dia memang bau wangi sangat seperti bau orchid gitu. Cara pemakaianya ambil sedikit gel dan ratakan ke muka. Biarkan satu malam, esoknya cuci dengan air. Fungsi mask ini adalah untuk lembutkan tesktur muka, , meningkatkan pengeluaran kolagen dan mencerahkan muka korang




Skin Inc Pure Deepsea Hydrating Mask pula berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan memutihkan kulit secara semula jadi. Mask ni sesuai untuk orang kulit berminyak macam Miela dan juga terdedah dengan jearwat. Boleh digunakan setiap hari sebagai rutin samada pakai masa tidur ataupun selama 30 minit. Sejak pakai mask ni kulit Miela semakin kurang berminyak daripada sebelum ni. Mask ni pun merupakan best selling sephora okay, dan bahan dirumus daripada kacang soya, air laut Okinawa dan asid Hyaluronic.


Jadi kalau nak cari mask yang best-best boleh boleh cuba shopping di Sephora secara online. Pengalaman shopping Sephora sangat mudah dan menyeronokan bukan sahaja dapat free delivery tetapi masa penghantaran tidak mengambil masa yang lama. Jadi kalau nak dapatkan produk mask terkini daripada Sephora boleh shopping disini.

Monday, November 21, 2016

Idea hadiah birthday : Sijil Happy Birthday

Salam Readership. Nak hadiahkan something untuk yang sahabat atau orang tersayang dengan cara paling sweet tetapi paling save bajet?. Apakata korang terang buat sijil Happy Birthday Serious simple sangat dan murah. 

Contoh  sijil yang Miela buat untuk birthday girl
Ideanya datang bila tengok orang convo pegang scroll. Disebabkan kami ni memang "lambat setahun" tunggu convo, jadi muncul idea buat konon-konon dapat scroll walaupun scroll olok-olok je.

Caranya korang boleh taip ayat korang nak nak letak sweet-sweet ke ayat, letak gambar ke apa letaklah tapi ikut format sijil. Kalau dah takde idea nak letak ayat apa, Miela sediakan template sijil Happy Birthday khas disini.

Kemudian korang print sahaja atas kertas biasa if nak save bajet. Kalau nak cantik sikit boleh print atas kertas warna warni. Kalau nak nampak real sijil boleh print atas kertas sijil betul. Pastu gulung kertas tu, ikat dengan reben nampak molek sikit. Pasti kawan anda suka!. Selamat mencuba

Thursday, November 17, 2016

Pengalaman menghadiri interview untuk internship


Salam Readership. Untuk entri kali ini Miela nak berkongsi sedikit pengalaman menghadiri interview untuk internship walaupun masih menunggu jawapan samaada dapat ke tak tempat intern di interview huhu. Miela study dalam course pengurusan jadinya tempat internship yang dimohon mestilah berkenaan course yang kita ambil kan. Ada internship perlu interview ada internship terus serap masuk sahaja. Tapi yang ada interview at least ada pengalaman untuk kita tempuhi pengalaman bila interview yang real punya. 

So far miela dah hadiri interview untuk internship sudah dua kali. Dua-dua company memang sangat berbeza cara interview dia. Miela takkan dedahkan nama company ni tapi cukup korang tahu interview ni memang company kat Penang. 

Interview company R

Jawatan internship dimohon sales and marketing sebuah syarikat web development. Langsung seriously never though internship interview ada ujian bertulis. Dah macam exam pula, nasib baik ada ingat sikit apa dibelajar pasal marketing ni. Ada soalan agak menguji minda jugak. Tapi mostly dia tanya pengetahuan asas tentang laman-laman web ni. Nama pun syarikat web development. Ada soalan test Miela ingat sampai hari ni soalan lebih kurang jika anda ke luar kawasan untuk bercuti bagaimana anda nak update social media tanpa internet. Of course jawapanya buat schedule post kan. Dan ada jugak soalan beberapa case korang kena cari solutionnya.

Selepas test bertulis. Orang yang interview kita mula-mula akan scan resume kita. Kemudian macam biasa minta perkenalkan diri. Then dia tengok balik jawapan apa yang ditulis masa ujian bertulis. Kalau ada jawapan menarik atau tak kena di mata dia, orang tu akan tanya kenapa kita letak jawapan macam tu. Dan perlukan justifikasi kenapa jawab soalan macam tu.


Interview company D

Interview company D tak sehard company R. Inteview simple-simple soalan dia. Tapi sebelum datang interview kena isi soalan personality test. Sesuai position untuk internship. Key point interview dia tanya pengalaman kerja. Tapi Miela memang langsung takde pengalaman kerja jadi dia tengok project atau event yang kita involve masa universiti. Nasib baik ada beberapa kali jadi pengarah boleh dijadikan point untuk tunjuk kita ni berkebolehan. Jadi kena terang apa program tu macam mana penjalanan dia, target , apa yang kita dapat dan role sebagai project director.

Kesimpulan
Dua-dua company memang cara inteview sangat berbeza sebab ada ujian bertulis yang tak. Kalau yang ada ujian betulis atau soalan dia susah ini menunjukan masa internship bersiap sedia dapat kerja yang susah atau maybe kurang diberi tunjuk ajar sebab company tu expect kita tahu semua benda. Kalau yang tanya soalan agak common tu ada kemungkinan internship kita akan lalui ada tunjuk ajar. Persamaan kedua-dua interview ni lastly akan tanya tentang transport nak pergi tempat kerja, then kita tinggal kat mana masa interview dan willing tak untuk intern lebih daripada masa internship yang ditetapkan oleh univerisiti. Jadi Miela harap pengalaman interview yang tak seberapa boleh dijadikan rujukan untuk korang interview masa internship nanti.