Sunday, August 25, 2019

Makan ala-ala boat noodle di One Ninety Cafe, Bandar Bharu Kedah

Salam Redership. Bersama kita dengan food review lagi yer. Aish macam mana nak kurus macam ni kalau koje dia asyik makan je 😂.

Iouls rasa bertuah tinggal dekat dengan Parit Buntar sebab sebab bersempadanKedah dengan Penang, so kalau nak pergi Penang ke Kedah sekejap je sampai. Bandar Bharu betul-betul sepadan dekat dengan Parit Buntar Perak.

Kalau korang perasan entry Mila ada cerita makan ala-ala boat noodle dekat Cafe Mozuibsa Station, Kamunting Perak, boleh baca entry di sini. Kali ni Miela try pula dekat Bandar Bharu. Sedap ke idok, jom baca lebih lanjut.


Apa-apa yang Miela suka makan dekat sini, menu banyak sangat pilihan ioulss tak tahu nak pilih yang manaa. Dia kan serupa hampa pergi kedai RM2, pastu rambang mata nak beli apa.


Feeeling-feeling sebelum nak makan


Untuk menu yang kitaorang untuk 3 orang:

Nasi Lemak: RM1.90
Mini Chicken Chop: RM1.90
Laksa: RM1.90
Roti Telur Goyang: RM1.90
Air Anggur: RM1.90
Air Limau : RM1.90
Nasi Goreng Cina: RM1.90
Set Combo 1 plate: RM9.90
 Jus Epal : RM2.90

Total : RM26.10

Memang berbaloi makan untuk 3 orang, itupun kenyang hehe. I recommended ambil set combo RM1.90 memang puas hati makan. Nasi lemak also not bad, sedap ada bau nasi lemak dengan sambal tak lebih dan tak kurang menepati ciri-ciri nasi lemak Malaysia asli gituu. Itulah I, memang hantu nasi lemak. So kalau I kata nasi lemak sedap, memang sedap la. Kalau duduk dekat Bandar Bharu atau Parit Buntar bolehlah mai dekat One Ninety Cafe, Bandar Bharu Kedah.

One Ninety Cafe
Facebook : One Ninety Cafe
No telefon: 019-476 3372
Alamat; Jalan Bandar Baharu, Serdang Bandar Baharu 34950 
(8-10 minit dari Parit Buntar)

Sunday, August 18, 2019

Lunch Nasi Lemak Chicken Chop di Cafe Mozuibsa Station 90sen

Selalu kita biasa dengar dan makan Chicken Chop tapi agak rare sedikit Nasi Lemak Chicken Chop. Jangan hampa terkejut Nasi Lemak Chicken Chop boleh dapat RM5.90 sahaja hanya di Mozuibsa Station 90sen.



Nampak sedap kan?? tapi memang sedap giler. Kuah chicken memang melimpah banyak, memang puas makan. Ayam pula memang tak keras dan rasa enak kat mulut. Miela dah lama sebenarnya nak review makanan di Mozuibsa Satation sebab Chicken Chop harga bajet paling terbaik pernah rasa gituu. Kedai ni tengah hari dah bukak, so selalu waktu lunch every week kitaorang makan dekat sikit sebab boleh dapat makanan harga bajet bermula RM1.90.


Harga semurah RM1.90 boleh makan Lontong, Mee Rebus, Bihun Sup, Mushroom Shop, Garlic Bread dan lain-lain.


Menu-menu wastern semua harga bajetlah. I recommended Chicken Chop dan Grilled Chicken for the best tasted



Cafe Mozuibsa Station 90sen
Alamat: 163, Jalan Kg JanaKamunting 34600, Taiping 
Waze: Mozuibsa station 90sen
Waktu Operasi: 12.00 Tengah Hari - 9.00 Malam (Isnin - Sabtu)

Saturday, August 17, 2019

DIY Sticker Barang Dapur MUDAH

Salam Readership. Nampak tak trend ibu-bu sekarang label barang sticker cantik ni. Nampak makin sistematik dan kemas. Tak perlu susah cari barang dapur sebab semua ada label, jadi proses nak memasak lagi cepat.  Tahu tak korang sebenarnya kita boleh buat sendiri dengan sangat-sangat low cost. Yang belum tahu jom ikut tutorial ni!


Untuk buat sticker cantik seperti ni, Miela gunakan Microsoft Words buat label. Kalau nak buat sebijik macam gambar diatas itu mula guna tulisan font stay wildy dan gunakan shape warna macam bentuk dibawah


Nak masukan tulisan dalam kotak sama ada boleh taip terus dekat kotak atau create text box sendiri tapi kena kosongkan outline dan fill supaya tulisan nampak transparents. Kemudian buat lagi sampai korang rasa cukup label tu dan print.


Lepas print dia akan jadi lebih kurang macam ni. Macam biasa korang potong elok-elok ikut line kotak cermat-cermat okay?. Then korang letakkan dengan sellotape yang besar dari size sticker korang baru nampak kemas. Kalau kecik kena buat dua kali tapi tak cantik nampak line, so better pakai selloptape size besar naa. Lepas tu lekat bekas kosong yang korang nak guna.


Dah siap!!. Mudah kan??. Sekarang korang boleh isi barang dapur korang dengan bekas yang comel ni. Makin kemas susun atur barang dapur lepas ni.