Thursday, September 24, 2020

Makan makanan Korea di Cottiny Cafe Prai, Penang

Sekali sekala apa salahnya nak rewardkan diri sendiri makanan? Begitulah Miela disebabkan minat sangat dengan Korea sampai makanan korea tak terkecuali hehe

Baru-baru ni I ada cuba satu kedai makan dekat area Perda. Sebenarnya kat Penang banyak kedai makanan Korea cuma kita sebagai orang Islam kena pilih makanan yang halal yer. Luckily kedai makan Mila pergi ni memang halal

Kedai yang Mila cuba makan di cafe The Cottiny. Actually dia ada dua cawangan satu dekat area Pulau satu dekat area Bukit Mertajam. So Mila pergi paling dekat dengan tempat kerja. Kedai sederet jalan nak pergi Mydin Bukit Mertajam dari arah Banda Perda. Kalau waze confirm senang jumpa.



Makanan korea dekat cafe ni lebih kepada ayam-ayam, topeokki dengan ramen. So kami dah cuba Tteobokki Cheese, Chili Sauce Chicken Race, Shin Ramen dan Bingsu. Antara menu dan harga untuk makanan lain boleh tengok dibawah:










Bingsu pun nampak menyelerakan 



Teopokki Cheese memang terbaik!


Menu paling recommended makan sini Teopokki Cheese dengan Ayam Korea dia, memang wajib cuba okay. Harga-harga dekat The Cottiny memang berpatutan, tak rugi pun cuba. Kalau nak tahu info lanjut boleh layari Facebook Cottiny Cafe .

Thursday, August 20, 2020

Family Mart Auto City, Juru Penang

Family Mart dah lama I tunggu belah utara ni. Maklumlah Family selalunya ada kat KL. I hope Family Mart ada juga cawangan dekat Parit Buntar or Taiping sebab lagi dekat. Tapi takpe buat sementara kita pergi dekat Auto City, Juru Penang kira bersyukur la. Kira tak perlu pergi dekat area Pulau dah.

Dalam minggu lepas dapat berkesempatan ke Family Mart Auto City. I pergi awal dalam 8.30 gitu kebetulan nak pergi kerja. Tapi still beratur. Bayangkanlah kalau pergi waktu weekend confirm lagi kena beratur panjang. Tambah pula Juru memang selalu jem. Family Mart betul-betul depan Seoul Garden Auto City yer.


Family Mart Auto City, Juru Penang

Tapi walaupun pergi pagi kira oklah beratur dalam 5 minit je. Tapi yang sedih rasa terkejaq-kejaq masa sebab masa tu nak masuk office tu. So dalam around 10 minit dekat situ. Tak cukup 10 minit, I need 30 minute or more untuk shopping haul kat situ hahahaa. Dan seriously rambang mata nak pilih makanan apa. Jadi hasil tangkapan makanan seperti dibawah.


So yang betul-betul sempat beli Onigiri perisa spicy honey chicken dengan Chocolate Mouse. Rasa onigiri perisa spicy honey chicken sumpah sedap giler. Hampa memang kena patut beli. Harga dia cuma RM 4.50. Chocolate Mouse pun sedap, rasa coklat penuh cuma RM5.90 sahaja.


Sebenarnya teringin nak rasa oden family mart dengan minuman frappe dekat Family Mart. Itulah tak sempat huhu. Tambah kalau beli oden jenuh nak bawak better makan dekat situ jer. Apa-apa pun Family kalau  waktu peak, memang sentiasa penuh. Harap-harap Family Mart akan bukan lagi cawangan area utara ni. 

Tuesday, August 04, 2020

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

Perak, 04 Ogos 2020- Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19.


Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Perak. 


Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat. 


Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Tibang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 59 keluarga Orang Asli. 

fghhh
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo bersama komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Tibang, Perak


Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini. 


“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo. 


Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Yok Chicher dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial. 


“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau. 


Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) di Pejabat Ayam Brand


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu. 



Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini. 


“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling. 


Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Tibang di Perak. 


Penduduk Kampung Orang Asli Tibang menerima bantuan daripada Ayam Brand

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 59 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Yok Chicher A/L Yok Sadai. 


Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Tibang. 

Kanak-kanak Kampung Orang Asli Tibang menerima produk pasta dari Alce Nero


“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung. 


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my.