Salam Jumaat. Hari ni Cik Miela nak bercerita lesen kereta. Cik Miela sebenarnya tak pernah pun pandu kereta tetapi jadi penumpang kereta memang tiap-tiap minggu jadi,hihihi. Memang Cik Miela berkeinginan untuk mempunyai lesen kereta, tetapi belum masa sesuai(Padahal boleh je lepas SPM nie). Cik Miela sebenarnya nak tunggu bila kenderaan trasmisi automatik dilaksanakan. Kalau korang tak percaya sangat Malaysia akan laksanakan lesen kereta trasmisi automatik, baca loparan akhbar dari Kosmo! ni.

IPOH - Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.

Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.

Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.

"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.

"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya.

Paham dah kan?. So Cik Miela memang suka sangat dengan sistem sebegini. Memudahkan kaum wanita untuk lulus dalam ujian memandu. Kalau manual ni payah sikit nak lulus dan asalkan ada lesen kereta daripada takde.Biarlah auto, walaupun nanti kalau kecemasan tiba-tiba kereta auto rosak kereta manual je ada. Banyak lagi transport awam kat Malaysia ni. Lagipun kita kena ikut peredaraan zaman, sekarang makin banyak kereta auto. Tetapi kalau dah mampu berlajar la dua-dua sekali apa salahnya?, yang pastinya orang perempuan macam Cik Miela mesti banyak pilih Auto.

0 Comments