Saturday, February 25, 2012

Aku bangga menjadi seorang penanam anggur

Tahu tak disebalik nama si penanam anggur?. Penanam anggur a.k.a penganggur tau. Cik miela mengaku memang cik miela penggangur, so what?. Bangga pe jadi penanam anggur, duduk goyang kaki jer.

"Tak teringin nak kerja ke sementara nak masuk U tu?". Teringin la jugak, tapi susah nak jumpa kerja yang suitable lagipun kawasan rumah cik miela kampung, memang peluang perkerjaan kurang. Yang banyak pun kerja kilang. Kerja kat kedai pulak, gaji sedikit macam tak berboloi pergi balik bawa motor, duit minyak pakai dengan duit makan lagi.

"Kenapa tak kerja kilang jer?". Memang nak kerja kilang, tapi ayah I tak galakkan kerja kilang. Lagipun kerja kilang 12 hours penat tu lagi penat kalau kerja berdiri 12 jam. Memang cik miela mengakui gaji kerja kilang lumayan jugak untuk lepasan SPM cari duit.

"Kawan-kawan lain kerja, kenapa tak join sekali. Lagi senang kawan ada taklah kerja sorang-sorang jer". Ramai kawan cik miela kerja, bila jumpa je mesti tanya "kau kerja apa?". Kadang-kadang jelous jugak dengan depa tu ada kerja, gaji bagus. Tapi beberapa minggu lepas ada pulak mengadu dah tak mau kerja. Sampai ada yang cakap nak berhenti. Alasan dia satu PENAT. Haha lawak pulak, dulu excited sangat nak kerja, sekarang excited nak berhenti. Tetiba bersyukur jadi penganggur :p .

"So anda bangga jadi penggangur". Yup tepat sekali. Dah lah tak kerja, duit belanja pun sentiasa masuk sebab mak bapak I bagi duit. Tapi kadang-kadang bosan jugak duduk rumah. Kerja buka lappy, tengok TV, layan korea hahaha. Tapi I'm enjoying of my life now. Lagipun penganggur bukan sebarang penganggur sebab kerja menulis blog tanpa gaji,hehe. Cik Miela rasa masa sekarang bukan masa sesuai nak kerja. Biarlah duduk rumah jer, nanti bila masuk U payah nak tengok rumah sendiri hari-hari. Lagipun nama pun perempuan kenalah tolong buat kerja-kerja rumah, tak kerja pun tak pe,hahaha.

No comments:

Post a Comment