Friday, April 13, 2012

Terharu

Tik tok tik tok, entri baru datang lagi. Weeee. Entri kali ni bukan berusur sedih sangat ataupun happy sangat, tetapi berkisarkan perasaan TERHARU. Bukan Haru-Haru naa. Perasaan terharu ni taklah seharu perasaan Fizz Fairuz bila dapat Anugerah Pelakon Tv Lelaki poupular, sampai sebak di dada. Anyway, tahniah yaa Fizz Fairuz. Anda sememangnya layak dapat anugerah itu. Hehe masih tak terlambatkan ucap tahniah?.

Ia berkaitan entri dengan entri semalam. Entri cerpen terbaru tu, Cerpen: Cekodok Cinta Untukmu. Yang tajuk dia macam funny sikit-sikit. Sebenarnya tajuk tu je sesuai dengan jalan cerita dia. Ada seorang pembaca tegur Cik Miela, sudah tentulah tegur di chat FB. Begini chatnya lebih kurang. Ada ubah sikit supaya bunyinya lebih sedap. Hehe.


A: Awak ke yang tulis cerpen tu?

Cik Miela: Yaa saya yang tulis.

A: Woo. Awak berjiwa sastera.

Cik Miela: Thanks.

A: Good Luck yaa. Teruskan menulis cerpen.


Terharu bila dia cakap di akhir baris tu, "teruskan menulis cerpen". Kawan Cik Miela pun tak pernah cakap macam tu, sebab mereka tak tahu banyak cerpen yang telah Cik Miela hasilkan. Ada juga orang bagi semangat,huhu. Insyaallah Cik Miela akan teruskan menulis cerpen kerana menulis cerpen juga salah satu daripada hobi CIk Miela. Tentang berjiwa sastera, tu tak tahu nak cakap macam mana tapi yang pasti Cik Miela suka berangan. Haha baru nak mengaku.

Dulu Cik Miela tak sedar pun ada bakat menulis cerpen. Masa kecik-kecik dulu suka menulis cerita dekat Microsoft Word, macam-macam cerita merapu di hasilkan. Tapi bila computer rosak, semuannya lesap. Then bila masuk sekolah menengah, Cikgu Hasni lah a.ka cikgu BM1 cakap Cik Miela ada bakat menulis cerpen. Katanya Cik Miela pandai tulis ayat-ayat cerpen dan jiwang. Haha. Nak kata jiwang or berjiwa sastera tak sangat. Bagi Cik Miela ayat ditulis dalam cerpen just guna simple word tapi sedap di dengar. Jika dibandingkan cerpen-cerpen lain. Tapi teringin juga macam mana nak tulis ayat-ayat sastera sebab kat sekolah manalah nak dapat Sastera sebab duduk kelas sains tulen. Agak-agak bila yea?.

1 comment:

  1. mmg terharu bila setiap apa yang kita hasilkan mendapat sokongan dari orang lain :)

    saya nak ulang kata2 tu 'teruskan berkarya..

    tapi lain skit ayat tu..hihi

    btw saya follow sini dear :)

    jemput singgah blog saya lak :)

    ReplyDelete