Ok dah nak dekat seminggu reunion berlalu, baru nak update eh. Hehe entahlah masa tu macam tak da mood nak berblongging bagai. Maafkan saya yer. Amboi sondol tak pakai helmet, salam lupa nak bagi. Assalamualaikum, salam readership. Di waktu senggang ini ketika berada di matrik pada hujung minggu, mood nak mengupdate kembali lagi.

Cuti seminggu lebih tu, kelas tercinta saya masa sekolah dulu 5 science 2 telah mengadakan reunion di KFC Bagan Serai. Err itu je mampu kami buat, nak buat jauh-jauh tak mampu. Bajet sikit takpe, asalkan dapat jumpa dorang dah kira bagus. Serius rindu terrrramaat sangat dengan dorang. Sebelum ni contact-contact dalam facebook je. Setelah setahun lebih berpisah, akhirnya kami dipertemukan kembali pada hari raya tahun baru Cinaa kedua. Walaupun ada yang tak dapat  hadir, majlis kami tetap meriah. Eh majlis ke?, Aktiviti kami, makan, sembang dan tangkap gambar, tu je. Haha?. Sembangnya lebih banyak daripada makan. Maklumlah lama tak jumpa. Miela tak dapat nak cerita sepenuhnya pasal reunion tu. Orang kata gambar mampu menceritakan apa yang berlaku. Setiap gambar ada lagu *macam lagu Yuna eh*.









#IniSemuaPoyo :P

Sekian sahaja story untuk hari ini








0 Comments