Salam readership. Sejak akhir-akhir ni ramai jugak menjenguk blog ni untuk mengetahui pasal matrik. Miela boleh nampak bila klik kat stats blog,  post-post pasal matrik jadi high pageview untuk minggu ni. Yelah, masa orang study dia update blog. Lepas tu semua entri update pasal matrik, hehe. Tambah-tambah result tawaran matrik baru keluar, memang adik-adik kena google pasal matrik supaya dapat buat pilihan yang tepat.

Page view untuk minggu ni


So sebagai senior *baru 3 hari habis matrik, haha :P* nak bercerita secara ringkas pasal program perakaunan matrkulasi jerrr. Kalau course sains, saya minta maaflah sebab saya bukannya ambil course tu. Kalau cerita lebih-lebih pasal di luar bidang, takut salah informasi.

Course perakaunan di matrikulasi ada 4 subjek teras iaitu ekonomi, akaun, matematik perakauanan dan pengurusan perniangaan. Then subjek tambahan kokurikulum, kemahiran dinamika and English. Kita fokus empat subjek yang teras yer.

Ekonomi:
Subjek ni tak boleh dipisahkan dengan keluk-keluk tau. Bagi Miela suka kalau ekonomi banyak suruh lukis keluk daripada fakta-fakta yang agak memeningkan. Antara topik-topik yang di pelajari dalam ekonomi ialah permintaan penawaran, pendapatan negara, struktur pasaran dll. Lepas tu kalau soalan esei, korang tak payah hafal sangat, yang penting kalau faham semua boleh jawab.

Akaun :
Kalau orang ada basic akaun mesti boleh skor subjek ni kat matrik. Dulu Miela memang tak da basic agak terkial-kial sikit sebab mula-mula macam susah. Tapi bila dah faham jadi senang. So subjek ni ramai boleh scor termasuk yang tak ada basic. Tapi antara akaun sem 1 dengan sem 2, Miela suka akaun sem 2 lagi, mudah sebab semua topik berkait antara satu sama lain.

Pengurusan Perniangaan:
Subjek bisnes macam sejarah tapi tak berapa sejarah sangat *eh macam mana tu?. Banyak kena hafal dan baca. Biasanya kalau Miela study subjek ni, Miela fahamkan je, bukan hafal. Nanti bila exam pandailah nak goreng macam mana asalkan ada isi, hehe. Tapi jangan risau, kalau sem 2 bisnes banyak calculation, mesti korang suka?


Matematik Perakaunan:
Orang cakap susah math, macam add math. Sebenarnya tidak berapa betol statment tu, kalau kita fikir susah, susah jadinya. Kalau kita fikir senang, senang jadinya?. Math akaun ni senang sikit dari Math Sains. Asalkan add math korang at least C masa SPM insyaallah boleh bawa math ni kat matrik. Dulu pun Miela markah add math kat sekolah C jer, tapi bila kat matrik alhamdulilah  math Miela makin baik.


Ada juga yang tanya kalau kita dapat course sains tapi nak tukar akaun kat matrik boleh tak?. Jawapannya boleh, insyaallah. Selalunya orang nak tukar course, waktu orentasi. Nanti pihak kat sana tu, akan tanya siapa nak tukar course then dorang akan panggil dan uruskan proses pertukaran course.  Sedangkan seminggu selepas kuliah, pun boleh tukar course itu pun kena merayu jugaklah kalau lambat tukar.

Pasal boleh bawa ke tak course akaun kat matrik?. Kalau yang ada basic boleh onlah, kalau yang tak da basic ni lambat sikit faham. Tapi orang yang tak da basic bila dah faham, kadang-kadang dorang boleh scor kat matrik. Ada yang dapat pointer yang lebih tinggi daripada yang ada basic, siap yang ada dapat 4 flat lagi tau. Mungkin dorang lebih berusaha daripada yang ada basic sebab yang ada basic mungkin fikir "Ala aku ada basic, kena relax lah". Nope, ada basic ke tak da basic kena rajin, kalau tak habislah nasib korang kat matrik. Then yang tak ada basic ada kelebihan jugak, sebab silibus kat matrik lain sikit kat sekolah, mungkin tak keliru jugak bila belajar nanti.

So, kesimpulanya *nak jugak ada kesimpulan. Harap-harap adik-adik boleh fikir dimana hala tuju selepas ni,.Better tunggu UPU dulu baru decide walaupun akak ni dok promo pasal matrik je. Bagi akak, matrik jalan yang terbaik untuk masa depan. Cuba fikir, kalau duduk matrik dapat elaun free tapi kalau diploma kena pinjam pijaman PTPN lepas tu bila ambil degree kena pinjam lagi. Agak berapa banyak pinjaman kena buat? then benefits lain menjimatkan masa adik berlajar. Apa -apa pun adik fikir semasak-masaknya kalau mampu bawa pergi matrik, kalau tak mampu ambil diploma atau asasi. Kadang kala kita kena pilih yang kita mampu bukan yang kita mahu :).

Jangan pening-pening yer



28 Comments

  1. awak dapat berapa A SPM?jurusan akaun susah la nk masukmatrik..bdak 7A pun xdapat walaupun akaun spm A+

    ReplyDelete
  2. bawah 5 A :). Mungkin bukan rezeki dorang kot. Tapi ada ja 6 A 5 A dapat.

    ReplyDelete
  3. bagus kalau kita pernah belajar kat mana2 tempat dan buat penerangan dalam blog maca ni :)

    entri yg high pageviews pun pasal course n tempat Hana belajar..boleh tolong mereka buat keputusan :)

    ReplyDelete
  4. betul tu.. dpt menolong dorang :)

    ReplyDelete
  5. ooooo.. aku pun dulu jurusan perakaunan dari matrik.. skang.. alhamdullilah sambung jurusan perakaunan. =)

    ReplyDelete
  6. halo3... nk tnya bahasa utk semua sbjk under kos perakaunan ni bm or bi??
    ~bru anta adik masok matrik perak kos perakaunan ni..hehee~

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum
    saya nak bertanya
    jika saya memilih matrikulasi boelhkah saya sambung degree di uia ?
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum
    boleh ke masuk degree kat uia klau masuk matriks ?

    ReplyDelete
  9. Akak nak tanya, semua subjek ni belajar dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris?

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum kak.. nak tanya dalam dewan kuliah nanti pakai bahasa ape? totally bm or totally bi?
    #harap dibalas..
    #matrikulasi2014/2015

    ReplyDelete
  11. kat matriks , pensyarah ajar dlm bhsa mlayu ke bhasa english ? . aggsingment ?

    ReplyDelete
  12. @wanie chaky dalam kuliah semuanya dalam bahasa melayu kecuali matematik je

    ReplyDelete
  13. kalau jurusan perakaunan ade ke program dua tahun kt matrik??

    ReplyDelete
  14. @syasya anizam Takde melainkan kita sendiri nak extrnd, cth sbb sakit berpanjangan, pointer tak lepas nak repeat lg

    ReplyDelete
  15. kos perakaunan ni dlm bahasa melayu ka ?

    ReplyDelete
  16. hy kak...nak tanya..kalau ade ambil subjek akaun tapi da drop...so skrang sye cume ade subjek sains tambahan,add math dan sains...boleh tak masuk kat jurusan perakaunan?????

    ReplyDelete
  17. nak tanya...kalau sye cuma ambil subjek add math,sains dan sains tambahan boleh tak saye masuk jurusan perakaunan??

    ReplyDelete
  18. Klu dari akaun nak tukar sains boleh ke?

    ReplyDelete
  19. nak tanya,kalau jurusan perakaunan boleh tak kita drop matematik perakaunan dan ambik sub lain?

    ReplyDelete
  20. nak tanya,kalau jurusan perakaunan boleh tak kita drop matematik perakaunan dan ambik sub lain?

    ReplyDelete
  21. Assalam ..nk tanya .mcm mane pulak dgn aktiviti ko ?? Ad markh jugak ke ?? Nk beli buku nota dari lec kena guna duit sendr ke ?? Elaun cukup2 utk mkn je kn

    ReplyDelete
  22. assalam...nk tnya brapa pointer diperlukan utk smbung ijazah jurusan perakaunan kalau pergi matrik?

    ReplyDelete
  23. Kak , nak tanya kalau ambil matrik jurusan perakaunan , boleh tak sambung belajar jurusan undang2 dekat university malaya?

    ReplyDelete