Salam Ramadhan. Alhamdulilah kita hampir ke pehujung Ramadhan dan menghampiri bulan syawal. Kejap je masa, semua sibuk buat persiapan nak raya. Balik kampung??, Miela tak balik kampung pun, sebab Miela memang duduk kat kampung hehe. Tapi bila time raya kita sering dihimpit dengan masalah bab bersalam dengan bukan mahram. Kalau tak salam, sat lagi depa kata sombong lah, bajet alim. Ketepikan semua tu, biaqlah depa nak kata apa pun yang penting kita tau batas-batas dalam bab bersalam. Ini bukan soal bajet alim ka apa, tapi memang sudah termaktub di dalam Islam bukan mahram memang tak boleh salam pun.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Aisyah mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Hadith di atas memang jelas lagi bersuluh menunjukkan bahawa Rasulullah tidak bersalaman dengan wanita bukan mahram walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah, Rasulullah tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai'ah baginda dengan cara bersalaman.



Secara ringkasnya kita tidak boleh bersalaman dengan:
Bagi Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua 
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak
11. Bekas bf
12. Bekas tunang
13. Bf kawan
14. Tunang kawan
15. Suami jiran
16. Anak lelaki jiran
17. Staff lelaki
18. Tukang buat rumah
19. Security Tol
20. Staff kaunter 7-11
21. Polis wanita di kaunter pertanyaan
22. Bapak mertua tiri

Bagi Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)
11. Bekas gf
12. Bekas tunang
13. Gf kawan
14. Tunang kawan
15. Isteri jiran
16. Anak pompuan jiran
17. Staff pompuan
18. Cleaner
19. Juru Tol
20. Staff kaunter Burger King
21. Pekerja Kedai Top up
22. Mak mertua tiri

Tapi bagaimana cara nak elak bersalaman dengan bukan mahram ni?. Kalau depa huloq tangan kat kita, takkan kita buat boodo ja?. Sebenarnya banyak cara nak elak, boleh tengok video bawah ni. Memang cool betul idea dorang ni. Boleh guna taktik ni masa raya ni.


Kesimpulanya: Kita memang tak boleh salam derrrrr

Nota kaki: Dah nak dekat raya ni Miela nak ucap Selamat Hari Raya untuk semua yang baca blog ni. Macam awal je ucap salam raya ni, Miela nak bercuti seminggu tu ucap awal-awal ni. Miela minta ampun dan maaf kalau selama ada terkasaq bahasa tersinggung ke sepanjang Miela menulis blog ni. Kita kosong kosong naa?

3 Comments