Salam Syawal. Dah 6 hari tak update blog. Nak kata sibuk, bukannya sibuk mana. Cuti sem masih berbaki 3 minggu. Lepas raya jadi makin bosan pula, asyik buat benda yang sama sahaja. Makan, tidur, tengok drama, baca novel semua tu dok ulang macam astro pula. Tak payah basa basi sangatlah, cakap je tak mood nak update blog kan. Kah kah kah.

Dahlah malas Miela bebel bukan-bukan. Sebenarnya kann Miela nak share resepi kek coklat marble. Resepi hasil gabungan resepi yang ada kat goggle dan bahan yang sedia ada. Resepi ni mudah, sebab Miela kan suka yang mudah dan simple!


Bahan - bahan:
2 cawan tepung gandum *diayak*
1 cawan marjerin Daisy *Daisy menyebabkan kek mudah kembang dan lembut*
1 cawan gula *boleh kurang kalau tak nak manis sangat*
1/2 cawan susu pekat 
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu makan serbuk penaik *diayak*
2 sudu makan serbuk koko
sedikit pewarna

Cara-cara:
1. Pukul marjerin sehingga kembang
2. Masukan gula
3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga kembang dan sebati.
4. Masukan esen vanila dan susu pekat
5. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama, sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
6. Bahagikan 2 bahagian * 3 bahagian pun boleh*
Adunan 1: Masukan pewarna * kacau sebati*
Adunan 2 : Masukan serbuk koko *kacau sebati*
7.  Masukan adunan 1 dan 2 secara berselang-seli ke dalam acuan
8. Bakar adunan kek selama 45 minit dalam suhu 180c 


7 Comments