Gambar sampul raya je, duit raya dah kebas habis :P

Salam readership. Well Miela tahu syawal pun dah nak habis hujung-hujung tapi baru nak up cerita kisah raya, haha peduli apa kite nak cerita jugak!!. Padahal masa menaip entri ni jenuh jugak nak cari feel raya, maklumlah dah tak sehangat raya masa minggu pertama syawal huhu.

Alhamdulilah raya tahun ni baju raya 4 pasang, ada yang sponsor ada yang Miela beli sendiri. Tapi ada baju raya tak sempat nak pakai, mungkin boleh pakai masa lain nanti. Meriah raya cuma dapat rasa 1 minggu lebih, sebab ada kawan-kawan sibuk kembali bekerja dan belajar. Maka tinggal Miela yang mereput menghabiskan cuti semester.

Sebagai anak dara yang unofficial 21 tahun, masih juga layak mendapat duit raya kihkih. Orang memberi kita menerima ye tak??. Setiap sen dan ringgit memang amat bermakna especially student like me. Lain lah kalau kawan yang sudah bekerja, itu sudah layak memberi duit raya hehe. Untung jugak dapat kawan yang sudah berkerja, sudi jugak beri duit raya walaupun kita ni malu-malu kucing nak terima duit raya dorang. Tak payah malu-malu kucing sangatlah Miela!!.

Hasil tangkapan duit raya tahun ni not bad lahh. Kiranya antara tangkapan duit raya terbanyak berbanding tahun sebelum ni. Ada dalam ratus sikit macam tu, boleh buat simpanan untuk hari tua #ehh. Nasib lah ada yang memahami bagi duit raya lebih. Dah tak perlu nak pakai kad matrik bila beraya, lagipun ada orang ingat kita ni budak sekolah lagi haha. Apa yang orang bagi banyak ka sedikit ka kita terima sahaja. Ingat tangan yang memberi lebih baik daripada tangan menerima.



Nota: Dulu masa kecik dapat duit raya orang mesti suruh simpan untuk sambung belajar. Last-last bila nak sambung belajar pakai loan atau biasiswa.

4 Comments

  1. Duit raya tue simpan untuk guna pada hujung semester. Baju raya yang tak sempat pakai tue pulak nanti boleh pakai pergi kuliah. :D

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Miela! Maaf zahir dan batin. :)

    ReplyDelete