Salam readership. Pernah terfikir tak kan bagus emel ada fungsi seen macam WhatApps dan Messenger?. Haa bukan WhatsApp atau Messenger je boleh tahu massage yang kita hantar dibaca oleh penerima atau tidak. Emel pun sekarang ada fungsi track sama ada emel korang tu sampai dan dibaca oleh penerima. Fungsinya untuk make sure emel korang tu si penerima baca ke tidok?. Kalau emel yang dihantar takda siapa yang baca boleh menjadikan emel yang hantar sia-sia.

Disebabkan Miela sekarang sedang mencari tempat internship. Memang cacing kepanasan nak tahu emel tu sampai ke tidak. Kalau asyik nak call company nak tanya emel application dah sampai ke belum rasa macam annoying pulak haha. Jadi Miela guna email tracker untuk nak tahu status emel yang dihantar.


Solusinya Mila install email tracker di google chrome. Kalau pergi ke website email tracker pastu install macam biasa je. Nanti emel korang hantar selepas install email tracker barulah ada read notification.


Sebelum nak sent emel tu, nanti bila nak send jangan lupa tekan send jangan tekan send untracked. Kalau tekan button send untracked maknanya korang tak dapat track emel tu dibaca oleh penerima.



Nanti dia akan noti emel macam ni. Benda ni akan tunjuk berapa banyak penerima dok klik emel kita. So dengan adanya emel tracker korang tak perlu tertanya-tanya status yang kita hantar. Apa lagi, korang trylah install email tracker . Sangat berguna dalam kegunaan seharian. Selamat memcuba!!.

5 Comments