Saturday, January 19, 2019

Review Bioaqua 24K Gold Skin Serum


Salam Readership sume. Macam suka je buat entri review ni haha. Tapi kebanyakan Miela review item harga murah-murah. Kali ni Miela nak review Bioaqua 24K Gold Skin Serum. Kalau nak tau serum ni dekat Shopee and Lazada boleh dapat bawah RM10 😱. Giler kot serum emas 24K harga macam tu. Tapi tak pelik produk Bioaqua dari China.

Macam mana terjembak beli serum Bioaqua sebab nak habiskan voucher tinggal beberapa ringgit je kebetulan Bioaqua serum ni sale RM6.30 dengan free postage lagi. Tapi Miela sebelum nak beli serum murah ni memang baca review habis-habis sebelum beli. Yelah barang murah lepas tu nak tempek muka kita kalau jadi apa-apa naya nanti. Tapi so far review okay, Miela ada screenshoot kat bawah ni.



Dah beli serum dah lama, ambil masa sebulan Miela nak review nak tengok effect dia. Alhamdulilah nak dekat sebulan pakai tak de kesan buruk jerawat ke apa kat muka ni. Walaupun ada terskip 2 3 hari tak pakai serum Bioaqua huhu


Tesktur Bioaqua 24K Gold Skin Serum pada kulit

Tesktur serum agak melekit sikit dan ambil masa sikit nak meresap pada kulit. Suggest pakai waktu sebelum tidur, esok pagi mesti kulit lembab giler. Nak pakai sebelum makeup pun boleh, tapi lama nak prep muka tu sebab nak tunggu serum betul-betul meresap kat kulit hehe. Selepas pakai beberapa minggu, kulit jadi lembut sikit. Cuma tak de kesan besar sangat macam kulit makin cerah ke, jerawat kecut sebab serum kekuatan dia lebih kepada lembabkan kulit.


Rate
3.9/5

Recommended
Untuk money saver nak jaga kulit tapi nak murah tak berbahaya boleh pakai serum ni. Tapi kalau ada duit lebih better beli serum ada jenama

Boleh didapati
Shopee atau Lazada

1 comment: