Destinasi seterusnya, tempat yang wajib sangat pergi of courselah Pulau Nami. Pulau Nami memang terkenal dengan drama Winter Senota. Kitaorang pergi ke Nami Island naik subway, cuma kena berhenti banyak stop juga. Untung the day pergi Pulau Nami tengah salji. Bayangkan tengah salji pergi pulau tempat cantik , feeling sangat. Tapi masa turun salji tu bila ke luar Seoul macam Pulau Nami memang sejukkk gilerrrrrrrr dari Seoul. Rasanya masa tu 0 atau negatif celsius tak silap.

Masa ni sajli tengah lebat, sempat lagi nak bergambar walupun tangan dah kebas masa tu

Nampak tak sajli punya banyak masa ni 


Sampai juga di bumi Winter Sonata

Lepas kitaorang spend beberapa jam di Pulau Nami, kami pergi Petite France. Dengar dekat je, rasanya dalam 15-20 minit dari jeti. Jalan ke Petite France agaklah pening sikit sebab banyak giler selekoh tambah pulak hampa rasa pelik jalan dekat Korea pemandu belah kiri haha, jadi jalan kiri dan kanan pun bertukar.



Petiti France pernah jadi tempat pengambaran Running Man dan My Love from the Star. Rekaan bangunan dekat sini unik-unik berunsurkan france gituu.

Kitaorang juga berpeluang dapat melawat Sungkyunkwan University. Dari Seoul ke Sungkyunkwan University ambil masa dalam sejam juga sebab luar Seoul. Universiti ni famous juga sebab diasaskan pada zaman Disnati Jaseon. Tujuan pergi ke Sungkyunkwan University sebab nak tengok adik konvo. Konvo dorang biasa-biasa je tak semeriah dekat Malaysia, konvo pun tak lama sejam je. Tap kalau buku tamat universiti doraang memang gempak la siap ada photoshoot untuk buat kenangan. 






Musim sejuk dapat rasa kopi panas dengan roti bakar icing vanila memang best. Sedap giler harga cuma 5000won kat Sungkyunkwan University


Lepas tu kitaorang pergi ke Myeongdong. Tempat ni kalau memang tak sah pergi pasar malam dia. Yang famous makanan halal boleh makan kebab arab, banana nutella, roti telur lepas tu dah tak ingat dah haha



Di Myeongdong kitaorang sempat merasa bingsu original Korea di Cafe Sulbing. Adik cakap bingsu boleh makan kat cafe sulbing halal, so seronok dapat makan bingsu walaupun masa tu musim winter. Selalu makan bingsu dekat Malaysia je. Ni bila makan dekat Seoul, serius memang tak boleh lawan bingsu kat Malaysia

Selfie sebelum makan bingsu


The next day pula kitaorang shopping di namdaemun market. Recommeded sangat kalau korang nak beli souvenir. Murah-murah belaka. Serius paling tak boleh move on dengan accessories sebab design berkualiti and tak sama design kalau beli accessories dekat negara sendiri. Harga gelang boleh dapat semurah 2000won jer, kalau 5000won lagi cantik. Rambang mata dibuatnya




The last one, part paling excited nak share video Trip Seoul Feb 2019. Dari hari pertama sampai last semua ada kat situ. Jangan lupa tengok yer



0 Comments