Saturday, August 03, 2019

Review Kuntilanak 2 (2019)


Salam readership semua. Hari tu 30 haribulan cuti agong Miela berkesempatan tengok movie Kuntilanak 2 ni dekat TGV Taiping. Actually Kuntilanak 1 pun tak pernah tengok, terus skip Kuntilanak 2. Okay tapi sebelum nak review lebih dalam lagi nak bagi dulu sinopsis Kuntilanak 2. So let's go.

Sinopsis

Kuntilanak 2 mengisahkan Dinda, anak yatim yang tinggal di rumah Ibu Donna bersama beberapa anak yatim lain. Satu hari muncul seorang wanita bernama Karmila yang mengaku dia ibu kandung Dinda. Kemunculannya adalah untuk mengambil Dinda dan kembali tinggal bersamanya. Dari situ, bermulalah kisah menyeramkan apabila Dinda ingin pulang ke rumah Karmila dan turut ditemani adik-beradik angkatnya iaitu Julia, Kresna, Miko Panji, Ambar serta kekasih Julia, Edwin. Dari situ, barulah Dinda mengetahui dia adalah pewaris keturunan keluarga yang memuja Kuntilanak.

sumber: hmetro

Ulasan Cik Miela
Bagi yang tak pernah tengok Kuntilanak 1, kalau tengok Kuntilanak 2 boleh je faham jalan cerita dia sebab tiada kaitan dengan Kuntilanak 1. Awal-awal filem dia tunjuk situasi di funfair, kat situ boleh kenal peseonaliti watak kanak sorang-sorang yang comel dan lucu. Watak kanak-kanak dalam cerita ni yang membuat ada elemen lawak di sebalik filem seram ni. So cerita ni nampak meriah sikit. Dalam cerita ni ada juga orang dewasa iaitu Ibu Donna, Julia dan Edwin. Kisah bermula bila depa nak hantar budak nama dinda ke mak dia nama Karmila ke satu hutan apa nama tah yang cantik tapi sebenarnya seram namateyy hahaha. Hantu-hantu ni muncul bila dorang stay rumah tante Karmilla. Ikut pandangan secara kesuluruhan tak seram sangat tapi banyak elemen terkejut. Dan watak-watak dalam masing-masing protektif melindungi antara sama lain dan tak selfish langsung. Jangan cite ni tak de adengan bunuh-bunuhan tipikal. Yang penting ending dia tak mengecewakan.

Rating:
3.8/5

No comments:

Post a Comment