Jalan-jalan di Kundasang, Sabah
Wohooo dalam wishlist bila sampai ke Sabah, mestilah nak pergi Kundasang, Sabah. Nak jumpa lembu New Zealand katakan. Tempat Kundasang lain dari lain. Nak pergi dari Kota Kinabalu ke Kundasang ambil masa 2 jam. Masa lalu bolehlah nampak keindahan Gunung Kinabalu dalam perjalanan. Semasa di Kundasang sekitar lebih kurang 2 hari 1 malam kami stay di Kiram Village.
So bila dah aim nak jumpa lembu New Zealand, mestilah ke pergi Desa Dairy Farm. Orang kata tempat wajib pergi kalau pergi Kundasang. Yang penting jangan lupa rasa susu dengan yougurt dekat Desa Dairy Farm. Oh yee tiket masuk cuma RM5 jer.
Pagar putih memang jadi port bergambar kalau sampai sini |
Tips nak bergambaar nampak Gunung Kinabalu kena datang sebelum 10 pagi sebab nanti Gunung Kinabalu akan berkabus, so kureng sikit kalau nak bergambar sebab Gunung Kinabalu ditutupi kabus. Weekend selalunya penuh di Desa Dairy Farm ni dengan orang ramai. Jadi rancang perjalanan anda kalau datang waktu weekend
Di Kundasang jangan lupa beli Sayap Ayam Madu Wak Ali, recommeded sebab sedap serta perapan dan sos lain yang lain. Wajib tau cuba.
Ada satu restaurant menarik di Kundasang, BW Restaurant, lebih kurang 10 minit dari pekan Kundasang. Kat sini korang boleh makan sambil ootd. Masuk Restaurant korang kena bayar tiket bus RM5 untuk makan dalam bas.
Cara makan dekat sini korang pilih menu macam biasa. Contoh korang makan Nasi dengan Lamb Chop Blackpaper RM17.00, nanti bayar korang just bayar RM12, sebab dia akan tolak RM5 dari tiket bus korang masuk tadi. Kebanyakan menu dekat sini makanan wastern berserta nasi.
Kitaorang juga pergi War Memorial Park, masuk RM3 untuk macam kita yang ada IC. First impression ingat tempat bersejarah biasa je, tapi tempat dia cantik sangat boleh nampak view kampung tepi gunung.
Salah satu kawasan dalam War Memorial Park, cantik tempat ni ada pelbagai jenis bunga segar dekat sini. Sini pun tengah hari rasa sikit sejuk dia.
Next tempat kami pergi Kinabalu Park, so kitaorang masuk naik kereta je pusing dekat Kinabalu Park ni. Tiket masuk RM3. Kinabalu Park sebenarnya tempat trail untuk hiking. Kami datang bukan nak hiking pun hahaha, just cuci mata sahaja. Nak hiking boleh datang tempat ni.
Dalam perjalanan nak pulang semula ke Kota Kinabalu, kami singgah Melangkap Nabalu Refflesia. Tempat ni lebih kurang tempat rekreasi, boleh mandi sungai, bercamping, rafting dan boleh bergambar. Ketika datang sini memang tengah mendung tu, sempat tangkap beberapa gambar. Tiket masuk sini RM3 juga
Air sungai jenih sangat, berlakang tu pun boleh nampak bukit yang cantik. Sempat basuh kaki tepi sungai |
Destinasi terakhir sebelum tiba di Kota Kinabalu ialah Jambatan Tamparuli. Korang boleh pergi sebelum pergi Kundasang atau pulang dari Kundasang. Tempat masuk ni free je. Jambatan Tamparuli sebelah jalan tak silap dan mudah dicari.
Signboard Jambatan Tamparuli |
Lupa nak mention untuk ke Kundasang wajib sewa kereta, perjalanan jauh satu satu lagi kat sana takda transport awam macam kat Kota Kinabalu. Actually banyak juga tempat tak sempat cover tapi I tetap puas hati tempat dah pergi ni. Next entri akan story tentang penginapan di Kundasang
Entri berkaitan:
Kiram Village Cabin pilihan terbaik penginapan di Kundasang, Sabah
4 Comments
Selalu kalau sabah femes org nak pegi mesti kundasang. Tempat wajib kalau ke sabah betul tak? Memorial park pun ada taman munge ehhh.? Niceee
ReplyDeletesy yg asal sabah nie pun belum sampai kundasang..
ReplyDeleteBila la nak sampai sabah ni.. Cantiknya permandangan kat sana.. Datang sini terbaca entri ben.. Hihihi selamat berkenalan ya
ReplyDeleteSabah byk tempat yg menarik terutama bagi yg pandai tkp foto.
ReplyDelete