Saturday, October 05, 2019

Kiram Village Cabin pilihan terbaik penginapan di Kundasang, Sabah

Pada mulanya Miela tahu tentang Kiram Village Cabin di Facebook, sebab Kiram Village tempat penginapan memang view sangat cantik dengan harga berpatutan. Bila tengok gambar di Facebook pun cantik. Jadi cara Miela menempah penginapan melalui nombor yang tertera dekat post viral. So Miela pun Whatsapp nak ambil bilik satu malam untuk 4 orang. Jadi kami dapat pakej Apple Cabin harga RM150 bersamaan RM37.5 per person. Kira murah la tu dekat Kundasang. 


Inilah rupa Apple Cabin Kiram Village yang kami stay tu


Di malam kitaorang stay tu, Ya Allah sejuk yang amat. Tak hairan dalam Cabin memang takde langsung kipas. Suhu masa tu tak silap cecah sampai 15 celcius. Jadi kalau nak bermalam dekat Kundasang silalah bawak sweater tebal yer. Pagi tu lagilah sejuk, nak pijak lantai pun tak sanggup. Sampai I terpaksa panaskan air dengan cerek elektrik sebab water heater pun tak cukup panas nak mandi.


Pemadangan luar bilik





Masa untuk check in di Kiram Village pukul dua. Di Kiram Village tuala tak disediakan, so kalau nak tuala kena sewa RM3. Kat sini ada tempat iron disediakan. Malah malam-malam sini ada cafe, boleh try meggi telur dekat Cafe Kiram tu. 



Kami rasa penginapan stay dekat Kiram Village amatlah berbaloi dengan harga disamping dengan pesekitaran luar cabin dipenuhi dengan bunga-bunga segar. Sesuai nak buat port bergambar sampai lebam. Jadi kalau nak stay di Kundasang pilih tempat penginapan ada view yang cantik sikit baru berbaloi sebab nak datang dari Kota Kinabalu pun dua jam. Harga lagi murah kalau pergi ramai-ramai sebab boleh share.

Kiram Village ada 10 cabin dari untuk 2 orang sampailah 16 orang untuk satu cabin. Harga boleh dapat serendah RM90 semalam. So kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke web http://kirams-village.com/ .




Entri Berkaitan:
Jalan-jalan di Kundasang, Sabah

3 comments:

  1. Menarik. View pun nice, Murah jugak rate dia. Bebraloi la dgn condition cabin tu

    ReplyDelete
  2. bestnye pegi tmpt sejukkkk..
    view pon cantik!

    ReplyDelete