Salam Readership. Minggu lepas plan last minute Miela dapat berpeluang tengok Ejen Ali : The Movie. I tengok memang first time tanpa tengok series Ejen Ali sebelum ni. Tapi berdasakan review rakan sosial media yang lain memang semua kata best.

Sinopsis
Ejen Ali semakin cergas dengan misinya di MATA. Tetapi, konflik timbul apabila Ali tahu bukan lagi dia seorang sahaja yang mampu menguasai IRIS. Kini MATA telah menaiktarafkan IRIS kepada IRIS NEO yang akan dijadikan peranti asas bagi semua ejen. Ini membuatkan Ali persoalkan kegunaannya di MATA. Ketika ini, seorang individu bernama Niki mendekati Ali dan mendakwa dia tahu sebab kehilangan ibunya. Sekarang, Ejen Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri ini yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada MATA sebelum terlewat.

Ulasan
Walaupun tak tengok series Ejen Ali musim pertama dan kedua still boleh follow movie ni. Apa yang Miela boleh katakan I'm so proud dengan industri  animasi dekat Malaysia makin bagus. Dari segi grafik memang warna terang dan detail sampai setiap helaian rambut animasi boleh nampak.  Scene yang I suka masa dia jumpa mak dia dalam IRIS. Movie ni pun ada vibe anime, so sapa suka anime espcially Naruto mesti senang follow cerita ni. Lagu soundtrack pun best, sekali dengar dah suka. Of course banyak aksi dan tak klise. And plus ada plot twist yang boleh korang emosi. Kalau hampa tak tengok kena juga tengok sebab memang best. Lepas je habis I sambung marathon tengok series dari musim 1 sampai 2. Now rasa macam tengok balik movie dia 😆

Rating
5/5

Last Miela belanja part rap lagu Bukalah Matamu dalam sountrack Filem Ejen Ali: The Movie

1 Comments

  1. ejen ali the movie memang best.. kene tengok 2 3 kali kat wayang...

    ReplyDelete