Friday, January 10, 2020

KISAH BENAR: Hampir diSCAM dengan Bank luar negara

Salam Readership uolss. Tujuan Miela taip entri ni nak kongsikan kepada korang kisah hampir kena scam, supaya korang mungkin tak kena scam dengan satu penipuan dari bank luar negara. Macam-macam cara depa boleh buat ada kena ugut, hantar melalui virus la, curi duit dalam acc bank dan lain-lain. Nasib yang Miela kena tak serius sangat kesnya.

Alkisahnya ada satu customer DM di IG shop Miela, Ladya Attire . Mula-mula macam pelik cara ayat english tapi macam skema sikit. Plus tengok IG tak banyak follower. Tapi kita layankan jelah kotlah customer tu nak beli. 

Mula-mula awal-awal scammer nak scam

Jadi Miela pun whatsapp dia, hantar gambar baju, detail semua. Senang giler close sale terus nak beli baju. Tapi I still pelik dia Whatsapp dalam english je walaupun Miela balas dalam bahasa Melayu sebab nak uji dia 😂. Tapi dia macam faham je. 50 50 nak layan customer ni, kebetulan DP whatsapp memang muka orang melayu kita. Sampailah bila bagi nombor acc. Surprisingly dia cakap dah payment hantar melalui email Macam dibawah ni

Sempat share conservation yang ni sebab terdelete all sebab masa tu kalut nak block customer ni

Jadi bila dia cakap dia hantar resit melalui email, ayat dia pelik macam dia buat bisnes pulak kat kita. Nampak formal sangat. Kalau trend kita kat Malaysia beli dalam whatsapp taklah formal pun. Dah pelik dah ni terus check email. 


Tiba-tiba rajin pulak payment payment RM700. Bank pun tak kenal


Mula-mula blur juga kenapa dia nak bayaq RM700. Check dalam bank acc takde masuk RM700. Bila baca dalam email rupanya duit RM108 takkan dapat kalau tak refund RM592.00. Suka suki dia je suruh refund balik sebab bayaq terlebih 😂. Bila dapat nasihat dari kawan semua, Miela ambil keputusan buat tak tau jelah sebab duit tak masuk pun haha. Dan ambil keputusan terus block customer ni. 

Jadi lepas ni kalau jumpa customer pelik-pelik ni buat tak tau jelah. Tapi tulah gambar sapalah scammer pakai. Macam-macam scammer buat hal. Nasib bukan cara ekstrem dia nak ambil duit kita. Jadi apa-apa sentiasa berhati-hati lepas ni.


2 comments:

  1. Allahu. macam2 jenis lah modus operandi sang scammer ni T_T

    ReplyDelete
  2. Saya pun baru je kena semalam. Tapi hati ni dah rasa lain macam dah. Terus search kat google then terjumpa post sis ni. Mula2 blur jugak. Hhmm scammers di mana mana je ada.

    ReplyDelete