Semasa PKP sudah pastinya masa lebih banyak diluangkan di rumah salah satu aktivitnya menonton movie dan drama. Disebabkan PKP banyak masa terluang, so Miela sampai 3 media streaming gunakan untuk menonton drama dan movie. So Miela nak review satu-satu sebab masing-masing ada pro and kontra.

Tapi sebelum  tu, mesti yang dah biasa tengok movie atau drama free contohnya dari facebook, website atau telegram mesti pelik kenapa Miela pilih streaming yang berbayar. First I memang suka tengok kat phone lebih puas, sebab nak bukak laptop pun slow. Lepas tu ketiga-tiga streaming channel memang mobile friendly dan smooth je nak tengok movie ke drama takda tersekat-sekat.

Lagi satu ciri I suka dia boleh save minit keberapa kita tengok, maklumlah kadang-kadang tengok movie or drama suka stop sat, pastu malam baru sambung. Kalau kat tempat  lain, kalau kau stop pastu nak sambung 2 3 jam kadang-kadang lupa stop cerita kat mana. Then of course ada subtitle, siap ada subtitle bahasa Melayu lagi. Lagi satu harga dia tak mahal, ibarat bayar yang sebulan macam harga tiket satu movie tapi boleh tengok macam-macam movie dan drama. Nak repeat sampai lembab pun takpa.


Netflix
Netflix memang dah sedia maklum famous, banyak jugak movie dan series yang premium hanya di Netflix. Harga serendah RM17 sebulan(untuk mobile sahaja) sehingga RM55 sebulan. Orang cakap nak jimat kena share account, 1 account boleh sorang  dapat dalam RM15-RM17 gitu. Bayaran mahal sikit dari hat lain, tapi memang berbaloi.

Kat sini memang banyak movie dan series wastern, kalau kat Netfliz memang sini no 1 paling banyak pilihan ceta orang putih. Tapi netflix mostly movie memang tak berapa sesuai nak tengok 1 family, sebab banyak adengan keterlaluan sikit . Memang tak istilah tapis-tapis kat nerflix. Bagi Miela netflix Malaysia tak berbaloi subscribe lama-lama, sebab jemu jugak tengok dekat situ sebab tak banyak pilihan ceta I nak tu, Kalau setahun tu 2-5 kali subscribe bolehlaa. Kalau rasa berbaloi maybe kena tukar vpn luar negara disebabkan Malaysia netflix punya terhad berbanding negara lain



Iflix
Ramai confius Iflix ni adik beradik netflix ke? Nama nak dekat sama tapi bukan, Iflix memang diasaskan di Malaysia. Content Iflix sesuai dengan citrasasa tempatan walaupun kandungan kurang sikit up to date berbanding netflix dekat sini. Tapi kebetulan memang menawarkan secara FREE sempena PKP, boleh cuba Iflix.

Kat sini banyak jugak movie dan drama lama-lama. Boleh imbas zaman kecik dulu, ada movie zaman-zaman Erra Fazira berakon, lepas tu ada movie zaman kegemilangan MIG dan agak jugak menarik minat I iaitu Misteri Nusantara. Kalau bab zaman drama TV3 lama-lama pun ada, boleh tengok kat sana. Kat Iflix banyak jugak dari content dari tanah seberang espiacially cerita seram.



Viu
Viu ni lebih banyak content-content dari Korea Selatan. Kadungan yang disajikan still up to date. Drama Korea yang latest The World of The Marriage pun ada siap ada sub Bahasa Melayu lagi. Kalau peminat drama dan movie Korea memang sesuai nak subscribe. Sini suka banyak variety Korea termasuklah Running man, 2 days 1 night dan The Law Jungle

Kalau nak subcribe Viu sebulan cuma RM10 boleh tengok dekat phone ataupun PC tapi kalau nak lagi jimat Miela suggest hampa bayar GrabPay dapat RM8 sahaja. Bab pembayaran I suka kat Viu berbanding Netflix (direct debit) sebab guna online banking ataupun e-wallet. Kalau netflix pakai direct debit, tambah melibatkan transaksi luar negara rasa macam tak berapa secure sikit


Kseimpulan
Setiap media streaming ada kelebihan target berbeza, macam Netflix lebih kepada wastern. Iflix lebih kepada citarasa tempatan dan Viu more to Korea. Untuk Netflix, harap satu hari nanti ada kaedah payment lagi mudah tapi mengunakan sebaliknya pakai online banking ataupun e-wallet macam Viu. Tapi dari kekemasan layar, susunan suggestion content Netflix memang no 1. Setiap hari Netflix akan update ranking movie/drama yang tengah trending dekat Malaysia. Untuk Iflix dengan Viu masih belum ada lagi. Cuma kelebihan Viu dan Iflix ada subtitle Bahasa Melayu berbanding Netflix

Search Results

Web results


The World of the Married

Search Results

Web resulThe World of the Married

7 Comments

  1. kalau amar suka netflix, banyak cerita menarik sampai tak habis tgok, iflix pulak cerita tak menarik minat, kalau viu tak pernah guna..

    ReplyDelete
  2. JEMPUT https://belogsjm.blogspot.com/2020/04/pencarian-bloglist-by-aisyhah-nyais.html

    ReplyDelete
  3. Saya prefer iflix sebab genre ceritanya lebih kepada minat saya. Lagipun Celcom bagi access Iflix premium utk certain amount. So, free je utk guna.

    ReplyDelete
  4. Saya tak pndai english n saya lbih prefer viu n iflix yg kbanyaknnya mmpunyai sub malay. HIHI

    ReplyDelete
  5. Actually bila kita dh langgan viu..brapa device bleh on serentak utk layan movie?

    ReplyDelete
  6. Memang Iflix ni banyak cerita Korean saja ka? Filem dan drama Malaysia x byk pun.

    ReplyDelete