Wednesday, April 15, 2020

Resepi Ayam Buttermilk Mudah

Ayam buttermilk antara menu favourite Miela masa PKP ni, banyak kali dah buat sebab mudah dan sedap. Ayam Buttermilk ala-ala makanan moden sebab pakai susu, orang dulu selalu pakai santan. Jom baca sampai habis nak masak Ayam Buttermilk paling simple, semua orang boleh buat 



Bahan bahan
Dada ayam
Butter
Bawang putih (cincang)
Daun kari (tak guna sebab bahan takda)
Cili padi (cincang)
Secukup rasa
Susu full cream
Tepung goreng ayam
telur
Cili kering (hiasan)




Antara bahan yang digunakan, abaikan F&N tu 😝

Cara memasak:
1. Potong ayam secara dadu
2. Pukul telur kemudian celupkan ayam dengan telur tambah sedikit secukup rasa
3. Salut ayam dengan tepung goreng (pakai readymade, lagi mudah dan cepat)
4. Goreng ayam sehingga kekuningan dan toskan
5.Kemudian panaskan butter dalam 2 sudu atau lebih sedikit
6. Masukan bawang putih yang dicincang, tumis sehingga naik bau
7. Kemudian masuk daun kari, cili padi atau cili kering untuk menambah pedas
8. Masukan susu, boleh lebihkan susu kalau nak kuah lebih
9. Kemudian masukan ayam, masak hingga mendidih

Dah siap, sedia untuk dihidang. Resepi mudah cepat, boleh juga boleh dibuat juadah berbuka


1 comment: