Filem : Kim Ji Young : Born 1982
Arahan: Kim Do-Young
Penulis: Jo Nam-Joo (novel), Yoo Young-A, Kim Do-Young
Pelakon: Jung Yu Mi, Gong Yoo, Kim Mi Kyung, Gong Min Jung, Kim Sung Seol etc

Sinopsis:
Kim Ji-Young (Jung Yu-Mi) has one of the most common female names for people her age. She works at a PR agency. Kim Ji-Young gets married and has a daughter. So she can raise her daughter, Kim Ji-Young quits her job. She leads an ordinary life up to this point. Suddenly, Kim Ji-Young begins to talk like her mother, her older sister and other people. She seems possessed by other people. What happened to her?

Review:

Filem Kim ji Young based on novel Kim Ji Young Born 1982 yang agak popular di Korea. Filem ni agak kontroversi di Korea sebab terlalu angkat isu feminist. Tapi percayalah negara-negara Asean ni tak terlepas isu diskrimanisi wanita dari sebelum kahwin sampai selepas kahwin. Sesetengah orang mungkin kalau tengok movie kata agak slow tapi for me boleh ikut citer ni sampai habis sebab menghayati  watak Kim Ji Young gituu.

Filem ni memang dekat dengan perempuan kat asia. Perempuan memang tak terlepas kata-kata mulut orang tak kira dari sebelum atau selepas kahwin. Biasalah lambat kahwin orang tanya, dah kahwin orang tanya lagi bila nak ada anak. Kemudian isu-isu ganguan seksual ada dibangkitkan filem ni.

Kim Ji Young dalam filem dia rasa terperangkap selepas berkahwin. Dimana dia terpaksa lepaskan kerjaya dia demi nak menjaga anak. Kemudian dia juga terpaksa jaga hati keluarga mentua dan keluarga sendiri. Dia juga tak terlepas dari persepsi orang ramai bila dipandang rendah terhadap wanita dah berkahwin.

Tapi bestnya dalam movie ni suami dia (dilakonkan oleh Gong Yoo) seorang yang penyanyang dan cuba beri terbaik dekat isteri dia. So citer ni memang takda geram-geram, slow-slow burn gitu. Fakta korang perlu tahu ini filem kali ketiga Gong Yoo dan Jung Yu Mi berganding dalam satu filem selepas filem Silenced dan Train To Busan. Maybe orang suka ambik dorang bersama sebab nampak serasi.

So kalau nak tengok movie Kim Ji Young Born 1982 boleh tengok dekat Viu


Rating:4.5/5


2 Comments

  1. I have benefited a lot from visiting your site. Thank you Love you so much 💋

    ReplyDelete