Musim PKP ni ramai memilih option membeli barang secara online. So Miela tak terkecuali "gatal tangan" beli barang dekat Shopee. Baru-baru ni Miela baru lepas beli Air Humidifier dekat Shopee yang berharga RM34.58 sahaja. Bagi Miela agak murah cuma kualiti belum tahu masa membeli.

Tungu punya tunggu tak ambil masa yang lama cuma dalam 3 hari akhirnya barang yang di order sudah sampai.


Menariknya Air Humidifier dia ada fungsi lampu. So Miela pilih yang colorful jadinya Air Humidifier boleh bertukar warna lampu. Kiranya item yang dibeli ada fungsi 2 in 1 dengan harga berbaloi boleh juga digunakan buat lampu tidur. Dia juga ada function untuk menukar warna lampu yang kita suka. Nak merah ke biru kuning semua ada.

 Versi lampu warna unggu

Yang bestnya plug Air Humidifier ni mengunakan plug Malaysia, so kalau korang nak beli tak perlu risau sebab pakai plug dia senang untuk korang hidupkan. Dari segi bentuk tak nampak murah, item yang diterima very function.


Yang menariknya walaupun murah Air Humidifier boleh set timer Air Mist dari 60 second sampai 180 second juga boleh set nak slow ke atau laju air mist ni. So rasa amat berbaloi beli item ni.


Jadi kalau korang nak beli Air Humidifier korang boleh klik link ni . If korang tekan link ni dah sold out korang boleh cuba beli kat kedai shopee lain sebab banyak jugak kedai lain jual benda ni. Itu sahaja untuk review barang Shopee kali ni. Insyallah ada barang best kat Shopee Miela review lagi hehe.


0 Comments