Disebabkan ramai tanya I tips online bisnes, so rasa nak share satu entri. Nak kata Miela bisnes berjaya tak juga tapi tiap-tiap bulan jarang rasa duit tak cukup Sebab target Miela bisnes cuma sekadar part time sahaja untuk tambah income selalain blogging. Daripada tak untung sampai pernah buat sale sampai 2k sebulan secara part time. 

Memang best buat part time bisnes ni, rasa duit takda keluar sangat, tengah-tengah bulan pun duit masuk. If jadi apa-apa tak risau sebab ada backup. Kalau teringin nak cuba buat bisnes, jangan pernah takut okay. Sebab tak semua bisnes perlukan modal ringgit.

Minat kena ada!
Orang cakap nak buat sesuatu biar ada passion, of course bila ada minat if ada halangan apa-apa kita susah untuk down. Walaupun belum ada minat bisnes sepenuhnya tapi at least korang ada minat barang hampa jual. Contoh minat makanan, jual makanan. Minat makeup, jual barang makeup. Dari minat kita nak terangkan produk dekat orang kadang-kadang korang jadi kreatif bila nak promote sesuatu barang. Apa-apa start dulu jual apa yang kita suka okay.


Channel Jualan
Promosi paling penting kalau korang nak orang beli barang korang. First basic start jual dekat orang terdekat macam kawan-kawan dan family. Dari situ mana tahu orang-orang terdekat hebahkan dengan orang lain supaya beli barang korang tu. Cara lain juga nak jual yang terdekat boleh promote melalui status wasap atau group wasap. Kalau promote status wasap, buatlah hari-hari atau selang sehari. Kalau boleh pebagaikan bahan-bahan promosi di status wasap. Kita fikir kalau orang tengok banyak kali akan menyampah, tapi sebenarnya benda tu akan tanam minda orang melihat kita ni jual apa. Sedangkan iklan dekat tv berkali-kali supaya tanamkan minda penonton ingat produk tersebut. Kemudian boleh cuba channel yang lain seperti Facebook, Instagram atau Shopee, nak terangkan panjang bab promosi so I terang benda yang basic jer.

Boleh ke berniaga tanpa perlukan modal?
Sebenarnya ada perniagaan tidak perlukan modal jika kita join dropship tanpa bayaran. Dia bergantung bayaran ahli paling murah dapat RM10 - RM30 . Tapi dropship merupakan peniagaan paling kurang risiko tanpa keluarkan modal besar. Kebanyakan founder-founder kat Malaysia sebelum dorang berjaya start dengan dropship dulu. So apa-apa I suggest kalau jual barang start dropship dulu untuk kenal market korang macam mana. Bila ada banyak permintaan atau ada pelanggan tetap, bolehlah upgrade ke next level.

Inspiration
The last part is inspiration. Contoh korang jual tudung korang dapat  inspiration cara promosi dari penjual tudung. Ini tak bermaksud meniru yer, tetapi tiruvasi dengan upgrade atau dengan cara kita sendiri. Tak semestinya kita perlu rujuk brand besar-besar, mungkin tengok dropship selevel kita cara dorang promote. Macam hari tu I tengok orang promote dalam group telegram, dari situ buat promosi telegram tapi dengan cara berbeza. Takkan nak copy sebijik, mesti ada uniqueness apa yang kita jual. 


Sebenarnya jugak banyak nak share especially bab nak cari pelanggan paling minimal, tapi secara keseluruhanya bab promosi jangan pernah cepat putus asa. Kalau takda orang beli, maybe kena tukar gaya promosi atau barang kita jual. Kadang-kadang sesetengah barang ikut "luck" juga. Eh ada ehhh??, tapi bagi I macam tu sebab ada orang jual skincare tak jalan tapi bila dia tukar benda dijual dengan jual makanan terus meletup bisnes dia. gittuuuu

3 Comments

  1. Yang penting, kena berterusan dan jangan give up kan.

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. minat juga sikit2 tapi gitu2 sajala.
    nak jadikan income sampingan =)

    ReplyDelete
  3. lg 1 once da buat kn trs kn smpi habis... jgn berhenti. sbb once berhenti means kite give up trs...

    ReplyDelete