Wednesday, July 14, 2021

Cuba Nestle Ice Cream Onde Onde

Pernah tak terfikir akan wujud ice cream berperisa onde-onde?. Tapi kini sudah jadi realiti dengan Nestle apabila dorang dah release ice cream Ice Cream Onde Onde. Harga dia RM2.50 jer untuk dapatkan sebatang ice cream ni. Miela berjaya dapatkan ice cream baru viral dekat Speedmart, itupun tinggal sikit nak habis 😆



Beli 3 terus sekali untuk orang dekat rumah


Sesuai sangat makan time panas. Tapi time mendung belasah jugak makan
sebab nak cuba 😂

Rasa ice cram ni apa  yang Miela boleh gambarkan memang sebijik rasa onde-onde. Tak terlalu manis gila-gila  tapi kalau pejam mata ibarat kuih onde-onde masuk dalam mulut. Yang best dekat dalam ada rasa macam gula melaka yang bahagian keras sikit tu. Overall rasa 4.8/5 , pasti akan repeat lagi! Boleh dapatkan dekat kedai runcit or mall berdekatan.


2 comments: