Hai uolss. Kali ni I nak review satu kedai makan korea dekat Penang tapi kali ni lagi banyak menu korea yang menarik dan sedap. Review ni memang seikhlas hati, tak berbayar sebab memang nak kongsikan kat uolss makan korea sedap dekat penang.

Sebelum ni I pernah review makanan korea di Penang dalam entri Makan makanan Korea di Cottiny Cafe Prai dan B'BIQ Korean Restaurant . Boleh klik link dekat situ yer.



Sebelum meokja cafe ni ada, mereka jual secara COD dekat bahagian utara ni. Kalau nak cod luar kawasan Penang boleh pergi ke Facebook Meokja Korean Food. Baru-baru ni dalam sebelum puasa dorang baru buka cafe dekat Seberang Jaya betul2 belakang Billion Seberang Jaya. Apa lagi, maka I dan kawan-kawan serbu Meokja Cafe ni. Meokja Cafe 100% buatan muslim, so tak ragu memang makanan korea disini halal.



Antara menu yang kami order Kimchi Fried Rice. Ni antara favourite I, serious sedap, memang kuat rasa rempah dan kimchi dia. Tapi nak bagitau pedas sikit nasi ni



Selain tu ada menu Jjampong. Jjampong rare jugak sebab ni Miela nak jumpa Jjampong halal dekat penang. Portion banyak, seafood memang full satu mangkuk



Sebelum ni I pernah makan Jjajangmyeon instant, kali ni makan Jjangmyeon yang masak kat cafe. Sekali tengok rupa macam dalam drama korea, dengan kuah cair tapi likat nie pun sedap jugak



Bulgogi Fries memang loaded giler cheese dia sekali daging hancur tu. Sedap dibuat makan sebagai snack


Serious makan di Meokja Cafe memang sedap sebab rasa memang kena tekak melayu tapi versi korea. Miela berani jamin orang tak berapa makan makanan korea food boleh suka tau. Menu lain jugak banyak available korang boleh refer sini . Walaupun agak pricey sikit tapi memang berbaloi sangat makan. Malah portion setiap hidangan tu boleh makan 2 orang tau sebab memang banyak. Uolls boleh request extra mangkuk kalau makan kongsi dua orang.

Akhir sekali I nak kongsi video tiktok full version dengan suasana kedai dan menu kami makan dekat sini. Link : https://vt.tiktok.com/ZSdXNXcvq/?k=1



@salmilanadia Korean Food always my favourite 😆 #penangfoodie #penangfoodhunt ♬ Love Maybe Secret Number - NIKO

1 Comments

  1. Dah makan kat sini jugak waktu baru bukak haritu! Sedap jugak. Tak try lagi Kimchi Fried Rice tu, macam best :D

    ReplyDelete