Friday, October 21, 2016

Restoran Kapitan, Queensbay Pulau Pinang.


Salam Readership. Alkisahnya, selama 4 tahun study di USM, baru minggu ni nak merasa makanan Restoran Kapitan dekat Queensbay. Padahal nak pergi Queensbay 10 minit je, itupun kalau naik motor. Besalah naik motor cilok sana sini dah sampai. Takpelah janji dah pernah sampai walaupun final year baru nak merasa hakhak.

Kitaorang pergi makan kat berdua, dengan bff gitu. Kalau ajak makan jarang betul tolak.
Plain Tanddori Set dan Milani Cheese Naan Set.

Kitaorang cuba adalah Plain Tanddori Set dengan Milani Cheese Naan Set. Untuk Plain Tanddori Set harga dia RM9.50 manakala Milani Cheese Naan Set RM11.00. Miela makan Plain Taddori Set, rasanya sedap dan sangat berbaloi. Makan Tanddori kenyang sampai malam kot. Untuk Milani Cheese Naan Set sangat recommended kalau datang sini. Sebab rasanya sangat sedap dengan cheese dia dan kuah berlemak dia perrghhhh sedap. Kalau nak makan milani kena lupa pasal diet nohh, sure memang kalori banyak hahaha.

Kalau datang queensbay tu, kalau dah jemu makan kat dalam queesnbay bolehlah try makan dekat Reston Kapitan berhadapan Queensbay jer.

No.89G,
Persiaran Bayan Bay, 
Pulau Pinang.
04-6463411

Wednesday, September 14, 2016

Dapat sample free BB Cushion dari Leneige

Salam Readership. Wohoo hari ni Miela happy sebab dapat BB Cushion dari Leneige. Gigih nau balik USM awal semata-mata nak dapat sample Leneige. Actually memang teringin sangat nak pakai BB Cushion dari Leneige sebab dapat banyak review yang bagus. Konon-konon nak cantik macam Song Hye Kyo. Tapi masih ragu-ragu nak beli sebab harga agak mahal sikit dalam range RM120++. So bila dapat sample kira happy lah, tak mampu beli dapat sample pun jadi, hahahaha.


Cara nak claim sample BB Cushion korang kena tunjuk bukti yang korang dah Like Facebook Leneige dan follow instagram Leneige Malaysia. Kemudian dia minta kita isi detail nama, umur, no telefon dan email. Pastu dia akan bagi sample. Mudah je kan.


Tadaa sample free

Isi dalam sample macam BB Cushion betul


Masih belum rasmi guna sample ni, sebab sayang sangat nak guna hahaha. Kalau benda ni sesuai dengan kulit muka, mungkin for future pasti beli BB Cushion ni. Yang duduk disekitar penang boleh dapatkan sample free sementara stock masih ada. Promosi ni sampai 19 September ja uolzz. 


Friday, September 09, 2016

Minggu pertama sebagai final year student.


Salam Readership. Tetiba rasa nak update pulak perasaan macam mana jadi budak final year. Walaupun batch I kebanyakan dah habis student tinggal Miela nak habiskan sisa satu tahun lagi. Sebab kawan sebatch kebanyakan program study 3 tahun, unlike me study for 4 years.

Bila jadi final year tentulah excited hahaha. Plus course kitaorang takde fyp okay. So tak serabut pasal jurnal, research sume tu. Cumanya last sem ni subjek ada agak berat dan tiap-tiap minggu ada assignment.

Semester 7 merupakan semester terakhir untuk menghadap kuliah, assignment dan exam bagai. Next sem tinggal pratikal je. Tempat pratikal pun tak cari lagi. Ok relaks dulu 2 3 minggu ni. Nanti barulah serabut cari tempat pratikal.

Jadual semeester 7

Untuk jadual sem ni sangatlah lapang. Tidur memang terlebih cukup kot. Kelas sumanya start lambat, sebab kelas start kol 11 kebanyakkanya. Cuma ada satu kelas malam. Petang pulak takda kelas. 

Masa second year and third year pulun ambik subject banyak sebab nak target final year nak relaks banyak. Jadi contohilah Miela ya, muhahahaha. Ingatkan final year nak kerja partime tapi masih tak jumpa lagi. So sementara mencari nak focus business Ladya Shops. Jangan lupa like tau!.

Ok itu sebenarnya nak cerita pasal keeksitednya jadi final year. Tahun terakhir nilah nak nikmati zaman student puas-puas. Lepas ni kalau kerja tak rasa zaman belajar.  Haha over gituu. Actually bila banyak masa free, bolehlah nak update blog selalu. Cuma masih mencari modal cerita untuk blog ni.