Sunday, January 05, 2020

The TOP, Komtar Penang

Salam Readership. Hari ni genap seminggu dah kitaorang pergi ke The TOP, Komtar Penang. Tak plan langsung datang sini. Tapi sebab Wonderfly , kita orang last minute plan untuk weekend 2019 jadi wonderful and amazing. Nak tau, kena baca sampai habis.

The Top Komtar terletak dalam bangunan Komtar itu sendiri dimana korang boleh masuk ke kaunter Tingkat 6 untuk masuk. Tapi sebab Wonderfly, tak payah beratur lama-lama scan QR code pastu terus masuk. Sebab kitaorang dah booking awal hihi. 

Kuanter tiket tingkat 6
Kami pergi The Top Komtar untuk pakej Windows of the TOP & Raibow Skywalk sahaja. Nak tengok-tengok pemadangan penang dari atas Komtar.

Lepas ke kaunter tiket, akan dapat dapat wristband macam ni

Mula-mula untuk ke skywalk kitaorang dibawak oleh staff The TOP ke tingkat 65 Observatory Deck. Masa tu diorang dibriefing tentang sejarah pembinaan the TOP and rules-rulesnya. Tingkat 65 cuma boleh tengok dari tingkap dan bukan open view macam skywalk. Tapi tempat ni pun boleh buat spot bergambar haha. Sini boleh buat aktiviti ekstrem The Gravityz tapi kena bayar.

Pemadangan dari Observatory Deck, Tingkat 65
Kemudian kitaorang ke tingkat 68 untuk ke Skywalk. Bila nak ke Skywalk akan lalu restaurant yang cantik tu. Harga tak pasti berapa ye, sebab tak makan kat sini 😆




Sinilah Rainbow Skywalk. Kenapa rainbow?. Rasanya sebab dia bentuk rainbow kot haha. Nak lalu kat Rainbow Skywalk ni kena beratur dan kena pakai shoes cover. Kat sini hampa boleh stay 5 minit ja. Kalau nak lama lagi kena sambung beratur untuk masuk balik.



Nampak tak bawah tu, Rasa terapung kat udara je. Nasib bai ioulss tak gayat, lagi suka adaa 😂

Ootd tepi skywalk. Kat sini pun boleh nampak laut


Kat area sini ada meja dan sofa untuk relax sambil tangkap gambar. Nak pusing satu The Top puas-puas pun boleh

My signature post 😆

Tempat ni orang panggil the luckiest Chair. Tak tau lah untung ke tak. Yang penting percaya apa yang Tuhan bagi semua the best planning.


Paling best dapat tengok sunset dari The Top

Sebenarnya ada kisah dekat The Top ni. Kitaorang dah seronok sangat bergambar dekat The Top mengunakan dslr. Bila dah turun bawah keluar kaunter aisehhh baru teringat yang kitaorang tertinggal bag dlsr dengan lens. Nasib staff the Top sangat membantu. Dorang contact staff the Top yang jaga kat Skywalk untuk cari barang kami yang hilang. Akhirnya jumpa juga tak sampai 15 minit, nasib baik. Memang staff management dorang memang top macam nama tempat tu jugak.

Kalau korang datang Penang, jangan lupa singgah The Top. Tambah-tambah pulak memang satu bangunan Komtar, mercu tanda Pulau Pinang. Nak tahu tempat yang best-best lagi kat penang dan nak offer tiket harga yang best boleh ke website Wonderfly okay.

Saturday, January 04, 2020

Novel dalam Kampung People benar-benar wujud?

Drama komedi popular awal tahun 2020 tak lain tak bukan Kampung People yang setiap kali tayang di TV3, malam tu mesti trending dekat Twitter. Kampung People sekarang memang betul-betul trending, tak kira dekat mana-mana media social mesti viral tentang babak-babak dalam Kampung People. 

Apa yang menarik tentang Kampung People adalah novel-novel yang diberikan oleh Ejen Syukri kepada keluarga Razif dengan tajuk yang agak kelakar seperti Laut, I Miss You, PinjamkanLah Suamimu, Pulangkanlah Suamiku dan lain-lain. Novel yang kerap dibaca salah satu watak iaitu Yummy betul-betul menarik perhatian netizen rupa-rupanya wujud di dunia nyata. Betul ke??









Sumber-sumber gambar ni diambil daripada Shahril Sarjen aka Badrul Bisu juga berlakon dalam Kampung People. Kalau korang nak tau gambar penulis tulah Badrul Bisu lah. Sampai ada netizen tercari-cari novel kat mana nak beli. Katanya nak tau apa ending Darwish yang tertukar otak tu 😂. Apa pendapat korang, adakah novel-novel dalam Kampung People benar-benar wujud?. Atau sekadar sebagai props dalam drama?

Thursday, January 02, 2020

Zombie Cookies Red Velvet: Sedap Ke?

Hai uolss. Selamat tahun baru. Bila gaji dah start masuk, inilah masanya nak laksanakan wishlist tak tertunai. Before this teringin nak rasa Zombie Cookies since nampak viral dekat Twitter. Nampak macam sedap, and rare sikit Zombie Cookies ada jual kat Watsons.


Yang Miela cuba Zombie Cookies Red Velvet. Masa beli kat Watson tengok macam tak banyak dah. First impression rasa macam mahal RM14.90, tapi sebab nak cuba pejam mata jelah haha. But surely after uollss rasa hampa akan buang impression yang mahal kepada berbaloi



Produk Zombie Cookies buatan tempatan. Bangga wei produk tempatan masuk Watsons. Zombie Cookies juga boleh didapati agent-agent berdekatan kawasan rumah korang.


Bila buka ja packaging, rupanya banyak juga cookies bukan banyak angin yer. Paling best packaging ada ziplock, senang nak bukak tutup tak payah ikat pakai getah. Dah nama red velvet cookies, mestilah warna merah yer. Dari segi tekstur memang tak keras dan tak lembut. Rasa memang sedap, dia tak manis tapi memang cukup rasa. Sebab sedap sangat nak makan pun sayang haha takut habis cepat. I ambil masa 1 hari setengah nak habis cookies ni. Definitely akan repeat lagi!


Zombie Cookies
Facebook : Zombie Cookies
Instagram: @zombiecookies